DATUK ROSYAM NOR BINTANGI FILEM PENDEK "WARUNG KAMI"



Filem pendek lakonan Datuk Rosyam Nor telah dilancarkan dengan meriah di pawagam MMCineplexes, eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini. Dihadiri oleh tetamu kehormat dan para wakil media, malam pratonton filem pendek tersebut telah diadakan secara besar-besaran dan lengkap dengan permaidani merah, pertama kali diadakan untuk sebuah filem pendek.

Berdurasi selama tujuh minit, filem pendek berjudul Warung Kami dipersembahkan oleh ST Rosyam Mart dan diterajui oleh Datuk Rosyam Nor sendiri juga.


Warung Kami berkisahkan realiti kehidupan seorang bapa yang terlalu sibuk mengejar masa demi anak lelakinya supaya senang di masa hadapan. 

"Saya sudah malas terbitkan filem. Ramai juga yang bertanyakan perkara itu. Bukan apa, kos mahal dan kerjanya juga renyah, tetapi tidak untung," ujar Datuk Rosyam Nor kepada para wartawan.

Naskhah berdurasi lapan minit itu diinspirasikan daripada perjalanan kisah hidupnya yang berdepan pelbagai dugaan ketika mula membuka perniagaan itu pada 1 Jun 2018.

Filem pendek yang disiarkan menerusi YouTube itu juga adalah idea bersama Pengarah Urusan Sri Ternak Group of Companies, Datuk Raymond Ho.



“Kemudahan dan Kebahagian Bukan Milik Kita Seorang, Tetapi Milik Semua”



Executive Producer : Dato’ Raymond Ho
Producer : Yap Khai Soon
Director : Jermenn Yip
Line Producer : Shito

Jangan lupa ikuti YOUTUBE Sri Ternak Group Of Companies:
https://www.youtube.com/channel/UCxu2A8_GX4PidNdgbFBAqHg

IG: https://www.instagram.com/strosyammart/
FB: https://www.facebook.com/STRosyam/
Whatsapp us : http://www.wasap.my/+601122822288


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING