SERTAI ZAYAN HIJABSTAR UNTUK MENANGI HADIAH WANG TUNAI
ZAYAN HijabStar mempelawa wanita-wanita Malaysia berumur 19 hingga 34 tahun untuk menyertai pencarian ikon HijabStar yang dianjurkan oleh ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden dan NU Ideaktiv, selaku rakan media bersama MAX Fashion, penaja utama, dalam mencari ikon HijabStar yang boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab.
Caranya mudah, peserta hanya perlu memuat naik gambar dan video berdurasi 60 saat memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang mereka.
Terdapat tiga kaedah untuk menyertai ZAYAN HijabStar:
- Menerusi laman rasmi ZAYAN: www.zayan.my dari 19 Ogos hingga 7 September 2019;
- Muat naik penyertaan di laman Instagram dari 19 Ogos hingga 7 September 2019 dan sertakan tanda pagar #zayanhijabstar & #maxfashionasia;
- Hadir ke uji bakat pada 7 September 2019, jam 12 tengah hari hingga 4 petang di Max Fashion outlet, Melawati Mall, Kuala Lumpur.
Lima finalis akan dipilih ke pusingan akhir pada hujung bulan September 2019. Finalis perlu mengharungi beberapa tugasan seperti cabaran fotografi, ujian kecergasan dan perlulah menonjolkan bakat serta keyakinan diri dalam merebut peluang sebagai ikon HijabStar dan pemenang akan diumumkan pada pusingan terakhir.
Pemenang ZAYAN HijabStar akan menerima wang tunai bernilai RM5,000 dan bakal muncul dalam Me So Cantik, video digital terbitan NU Ideaktiv.
Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN HijabStar, sila layari https://zayan.my/.
Comments
Post a Comment