TEROKAI THE LOST CITY OF GOLD DI THE CURVE!



Ayuh jalani sebuah pengembaraan hebat yang cukup dinanti-nantikan bersama Dora and friends pada musim cuti sekolah yang akan datang ini di the Curve, Mutiara Damansara! 

Bersempena dengan tayangan perdana filem Dora and the Lost City of Gold, bermula 9 hingga 18 Ogos 2019, ibu bapa serta kanak-kanak boleh menerokai the Lost City of Gold, yang bertempat di Centre Court the Curve. Diinspirasikan dari babak filem Dora and the Lost City of Gold, para pengunjung akan dikelilingi dengan bunga merah gergasi serta pokok-pokok hijau di bahagian pintu masuk. Pelbagai aktiviti dan permainan seperti inflatable zip-line bagi kanak-kanak yang gemarkan aktiviti lasak dan turut terdapat juga stesen mewarna buat anak-anak yang gemarkan aktiviti seni. 


Si cilik yang berdaya saing pula tentu akan bergembira dengan pelbagai permainan karnival yang disediakan seperti Ring Toss, Shooting the Cans, Feeding the Monkey dan Match the Ducks. Pengunjung turut berpeluang mencuba nasib mereka di mesin claw untuk peluang memenangi patung eksklusif Dora. Selain itu, pengunjung boleh juga bergambar dengan sebuah Jungle Jeep seperti yang digunakan di dalam filem Dora and the Lost City of Gold. 


Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Sebagai sebuah pusat membeli-belah yang menitikberatkan hubungan kekeluargaan, kami berusaha untuk mengadakan aktiviti yang memberikan keseronokan kepada ibu bapa serta kanak-kanak sepanjang musim cuti sekolah. Dengan menjadikan Dora the Explorer yang merupakan kegemaran ramai sebagai tema buat kempen kali ini, kami yakin bahawa para pengunjung akan berasa teruja dengan kempen yang diinspirasikan oleh karakter Dora ini. Kami juga berharap mereka akan turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah kami sediakan.” 


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan istimewa Dora and the Lost City of Gold seperti set alat tulis, pakaian serta barangan penjagaan diri bertemakan Dora yang boleh dibeli di Centre Court, the Curve. 

Peminat Dora serta pengunjung yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit akan berpeluang untuk menebus Dora Military Bottle yang sesuai untuk apa sahaja pengembaraan. Semua penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada. 


Anda juga boleh mendapatkan kombo Explorer Bag untuk menerima beg serbaguna 3 dalam 1 yang boleh dilipat dan satu tiket percuma, terhad kepada 100 pelanggan pertama apabila anda berkunjung ke kios mmCineplexes. Saksikan Dora and the Lost City of Gold, di mmCineplexes bermula 8 Ogos 2019. 

Ingin tahu lebih lanjut mengenai kempen Cuti Sekolah Ogos the Curve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my, laman Facebook di www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau Instagram the Curve di www.instagram.com/thecurve_official / (thecurve_official). 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES