L’ORÉAL PARIS LANCAR REVITALIFT CRYSTAL MICRO-ESSENCE
L’Oréal Paris hari ini memperkenalkan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence yang serba baharu, revolusi penjagaan kulit yang dikuasai oleh teknologi mikro, membolehkannya menembusi sehingga 10 lapisan kulit. Menggabungkan bahan aktif yang mencerahkan dan bahan pembaikan kulit yang kuat, iaitu Centella Asiatica, pengguna akan terjamin kulit yang berseri dan nampak berkilauan umpama kristal dengan penggunaan pertama.
Sempena ucapan pembukaannya di acara pelancaran media, Cik Marina Khong selaku Pengarah Pemasaran L'Oréal Paris untuk Bahagian Produk Pengguna, mengatakan bahawa L'Oréal Paris kini telah menjadi jenama No.1 dalam penjagaan muka seluruh dunia*. Di sebalik jenama bertujuan untuk memperkasakan golongan wanita dengan meraikan kecantikan dan nilai-nilai intrinsik yang ada pada diri sendiri, menggalakkan mereka untuk memenuhi hasrat dengan penuh keyakinan, sentiasa gembira dengan dirinya sendiri dan menampilkan kecantikan dengan cara tersendiri.
"Wanita yang yakin adalah wanita yang benar terhadap diri sendiri. Satu cara terbaik untuk menampilkan keyakinan diri adalah dengan memiliki kulit yang sihat dan berseri. Saya yakin, jika anda mula menjaga diri, anda pasti akan mengalami perubahan yang indah pada diri sendiri. Bersama L’Oreal Paris, anda boleh meraikan kecantikan dan keunikan anda dengan kulit yang bersinar umpama kristal," kata Khong.
L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence yang serba baharu ini diperkaya dengan 92% ekstrak Centella tulen, yang berasal dari Centella Asiatica, tumbuhan saka yang tumbuh di kawasan tanah lembap Asia. Centella Asiatica mempunyai kepekatan tinggi flavonoid, triterpenic steroid, asid amino, dan gula, kombinasi yang menawarkan pelbagai manfaat kepada kulit untuk memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit. Ciri-ciri anti-oksidatif kuat tumbuhan telah digunakan untuk merawat parut jerawat dan mengurangkan kekeringan kulit.
Sebagai tambahan kepada Centella Asiatica, setiap titisan penyulingan kulit juga mengandungi bahan aktif mencerahkan kulit, seperti Salicylic Acid dan HEPES untuk mengelupas kulit secara sederhana, menghaluskan pori, memperbaiki tekstur kulit dan mempercepatkan pembaharuan kulit.
"L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dirumus untuk membaik pulih, kenyal dan menghidrat kulit agar kulit yang halus dan lebih remaja dari dalam dan luar. Teknologi mikro, iaitu Micro-Essence menghasilkan tekstur ultra ringan yang membolehkan penyerapan cepat dan menembusi sehingga 10 lapisan kulit," kata Khong.
"Dengan penggunaan Crystal Micro-Essence yang kerap, wanita akan mempunyai kulit yang halus, lembap dan bermaya, berkilauan umpama kristal," katanya. Kini, wanita boleh menampilkan keyakinan diri mereka bersinar dan berseri, kulit yang halus, dan berkilauan, dengan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence.
Aktres dan model Siti Saleha, adalah peminat produk L’Oréal Paris Revitalift. Siti turut hadir pada acara pelancaran tersebut untuk berkongsi pengalamannya tentang bagaimana produk itu memberikan hasil yang positif untuk kulitnya.
"Saya menggunakan rangkaian L’Oréal Paris Revitalift setiap hari. Dengan gaya hidup saya yang sibuk dan berkerja lama apabila berlakon, saya berasa penat, kulit tidak bermaya dan bimbang tentang garis halus akan pada kulit saya. Saya boleh katakan bahawa Revitalift Crystal Micro-Essence baharu ini sungguh sesuai untuk saya! Bukan sahaja untuk mendapatkan kulit yang berseri, malah kulit nampak berkilau umpama kristal secara semulajadi. Ia telah meningkatkan keyakinan saya dan memberi saya kuasa untuk hidup sepenuhnya, kerana saya begitu berharga,” katanya.
Bersempena dengan pelancaran ini, L’Oréal Paris bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk menganjurkan acara concourse dari 28 Ogos 2019 hingga 1 September 2019 di IOI City Mall, Putrajaya.
L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz - 65ml pada harga RM49.90; dan 130ml pada harga RM79.90. Dapatkan botol pertama anda untuk kulit berkilauan umpama kristal!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web L’Oréal Paris di www.lorealparis.com.my, atau ikuti Facebook rasmi L’Oréal Paris di www.fb.com/lorealparismalaysia.
Comments
Post a Comment