CADBURY DAIRY MILK KINI DENGAN PERISA EDISI TERHAD DURIAN
Cadbury, jenama konfeksi kesukaan Malaysia di bawah jenama makanan ringan terkemuka Mondelēz International sekali lagi meraikan perisa Malaysia dengan pelancaran perisa edisi terhad tempatan keduanya, Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia.
Dalam usaha berterusan meraikan kepelbagaian kebudayaan di Malaysia, Cadbury Dairy Milk sekali lagi menjalin kerjasama dengan kartunis ikonik Malaysia, Datul Lat, yang mana ilustrasinya akan dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.
Konglomerat konfeksi berterusan membawa lebih banyak coklat lazat kepada pengguna Malaysia dengan memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Durian yang sinonim dengan budaya Malaysia. Bersama adunan enak perisa sebenar durian dan coklat susu yang lazat, produk terbaharu Cadbury Dairy Milk ini pasti menggamit nostalgia terhadap dua perisa yang rakyat Malaysia sudah kenali dari kecil dan menyukainya.
Pengalaman berjalan ke dusun durian adalah satu perkara yang ramai rakyat Malaysia kongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat handai mereka dengan matlamat meluangkan masa berkualiti dan menikmati rasa tiada tolok bandingnya Raja Buah itu. Dalam usaha mengembalikan semula kenangan pengalaman itu, Cadbury Dairy Milk mengelolakan acara hujung minggu bertema “Dusun di dalam Kota” di Sunway Pyramid dari 16-18 Ogos yang memaparkan keadaan di dusun dan permainan kanak-kanak nostalgik seperti permainan gasing, dan bowling durian – yang diambil daripada boling kelapa – bagi membolehkan rakyat Malaysia mengenang dan menghidupkan kembali pengalaman sebenar rakyat negara ini.
Bercakap pada majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk Durian, Rahul Mathur, Pengurus Kategori, Malaysia berkata, “Tahun lalu terbukti merupakan kejayaan besar bagi kami yang memperkenalkan perisa tempatan pertama bagi mempamerkan penghargaan kami dan bersempena kehadiran kami yang teguh selama ini di Malaysia. Tahun ini, kami mahu mencipta perisa yang bukan sahaja meraikan perisa Malaysia tetapi juga yang benar-benar bergema ke seluruh negara. Rasa enak coklat ikonik Cadbury Dairy Milk digandingkan dengan rasa unik dan enak durian pastinya mencuit panca indera pengguna Malaysia yang membesar dengan menyukai perisa ini. Kami mengiktiraf kebanggaan rakyat Malaysia apabila menyentuh hal juadah tempatan dan menyasarkan untuk terus memberi kenikmatan kepada pengguna dengan perisa yang mereka boleh bangga bersama.”
Dengan barisan perisa edisi terhad terbaharu ini, perisa ikonik Cadbury Dairy Milk sekali lagi akan dibungkus dengan paparan lukisan tangan oleh ikon Malaysia, Datuk Lat. Ilustrasi itu memaparkan Lat, Budak Kampung di dalam tiga sinario berbeza – masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan, perhimpunan menjamu durian dan, Lat dan Epit bersama-sama menanam pokok durian. Lukisan itu tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia untuk membantu antara satu sama lain di dalam persekitaran dusun.
“Saya teruja untuk terus bekerjasama dengan Cadbury Dairy Milk bagi kempen ini untuk tahun kedua berturut-turut. Saya lebih teruja apabila mengetahui mereka melancarkan perisa durian kerana itulah perisa yang saya sukai sejak kecil sebagai rakyat Malaysia. Perisa baharu ini membawa saya ke zaman di mana saya sering mengunjungi dusun durian bersama keluarga saya dan meluangkan masa bersama mereka menjamu selera Raja Buah ini. Ilustrasi saya sentiasa bermatlamat memaparkan cara kehidupan rakyat Malaysia dan kerja seni yang saya cipta untuk Cadbury Dairy Milk adalah menepati matlamat tersebut yang menampilkan nilai-nilai perkongsian dan kebersamaan rakyat Malaysia,’’ kata Datuk Lat.
Coklat Cadbury Dairy Milk Duria kini boleh diperoleh di Pasar Raya dan Pasar Raya Besar utama di seluruh negara dengan harga jualan dicadangan ialah RM8.50 untuk 165g bermula dari sekarang sehingga 30 September 2019. Kotak hadiah edisi terhad memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee berharga RM42.90.
Untuk maklumat lanjut mengenai perisa durian terkini Cadbury Dairy Milk, sila lawat halaman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia dan halaman Instagram https://www.instagram.com/cadbury_my/.
Comments
Post a Comment