TEBUS MATA GANJARAN MESRA UNTUK MINYAK DENGAN SETEL



Setel – aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia - terus menaik taraf keselesaan pelanggan dengan memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

Setel memberi pengalaman pembelian bahan api yang mudah, lancar dan lengkap yang direka khas dan diintegrasikan terus ke pam bahan api. Peningkatan fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.

“Memandangkan program kesetiaan Mesra terus menjadi pilihan ramai pengguna, ciri baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Setel sebagai penyedia pengalaman peruncitan digital yang mudah. Pembayaran untuk bahan api serta penebusan manfaat mata ganjaran tidak pernah semudah ini,” kata Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Bagi penebusan mata ganjaran Mesra, pelanggan perlu memautkan dan mengaktifkan kad Mesra mereka di aplikasi Setel. Pelanggan boleh menebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet Setel. Nilai kredit ini boleh digunakan untuk membeli bahan api dengan serta-merta. Selain itu, pelanggan juga diberi pilihan untuk menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus bahan api pada bila-bila masa di stesen PETRONAS.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, “Integrasi Setel dan Mesra pada satu platform mewakili satu lagi pencapaian besar bagi PETRONAS dalam memahami keperluan pelanggan serta membolehkan pelanggan untuk Move Like Never Before. Selari dengan perkembangan rangkaian peruncitan PDB, ciri-ciri baharu seperti ini memainkan peranan penting untuk menjana minat pelanggan, dengan menawarkan pembayaran bahan api serta penebusan mata ganjaran kesetiaan yang paling mudah dalam industri peruncitan bahan api.”

Pelanggan PETRONAS yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima 3 mata ganjaran bagi setiap liter bahan api yang dibeli. Ia merupakan kadar pertukaran yang tertinggi untuk program kesetiaan bahan api di Malaysia. Sebagai contoh, pembelian 50 liter (RM2.08/liter) bahan api akan memberikan 150 mata ganjaran Mesra, yang boleh ditukarkan kepada bahan api bernilai RM1.50.


Setel boleh didapati secara percuma daripada iOS dan Android melalui App Store dan Google Play store. Kini, Setel boleh digunakan di 277 stesen PETRONAS di Lembah Klang.

Untuk senarai penuh stesen PETRONAS yang boleh menggunakan Setel, sila layari www.setel.my.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING