FESTIVAL FILEM JEPUN BAWAKAN FILEM BERTEMAKAN MUZIK TAHUN INI



Pisang, game Final Fantasy, gusti dan Bento adalah elemen aneh tetapi merupakan intipati unik dalam filem-filem keluaran Jepun dalam meraikan kepelbagaian.

Menjelang ulangtahun ke-16, Japanese Filem Festival (JFF), bakal menemui anda di pawagam Golden Screen Cinemas terpilih seluruh negara, sekali lagi membawakan pelbagai koleksi semasa dan popular dalam pelbagai genre dari keluarga ke muzik ke komedi, bersedia untuk menambat hati penonton dari semua peringkat umur dan memberi peluang untuk semua orang menikmati filem-filem terkini dan terbaik Jepun di layar besar.

Dari kiri, Ms. Tan Gaik Lian (GSC Film Festival Manager), Ms Teresa Wong (General Manager of Kampachi), Mr. Nakahira Shigeru (Representative from Mitsubishi Corporation), Ms. Candice Foong (Pavilion Kuala Lumpur), Mr Shimada Seiya (Director of JFKL), Mr. Samad A. Hassan (KL Post), Ms. Chee Seen Lee (Coca-cola Refreshments Malaysia Sdn Bhd), Ms. Kim (GSC Movies) and Ms. Devi Ponnusamy (Astro A-List), Mr Marcel Lariche (Representative from Cinema Online).

Japanese Filem Festival 2019 adalah sebahagian daripada usaha The Japan Foundation Kuala Lumpur, dalam memperkenalkan seni dan budaya Jepun ke Malaysia yang tahun ini menyambut ulang tahun ke-30 sejak ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1989.


Muzik, Muzik, Muzik

Tiada kena mengena dengan Juara Lagu, tema Festival Filem Jepun tahun ini membentangkan ciri khas pada filem muzik "Music! Music! Music!" dengan 3 tajuk terpilih yang akan membuatkan anda berasa seperti menyanyi bersama di panggung wayang!


Diilhamkan oleh lagu-lagu hit MONGOL800, "Little Love Song" menceritakan kisah tentang band sekolah tinggi di Okinawa, sementara vokal kuat SHIBUTANI Subaru dan NIKAIDO Fumi yang merdu tapi aneh dalam "La La La di Rock Bottom". "Farewell Song" yang dibintangi 3 pelakon yang meningkat naik di pawagam Jepun kini adalah filem jalanan dua wanita pemuzik indie.



Senarai Filem JFF 2019
1. Brave Father Online - our story of FINAL FANTASY XIV
2. Little Night, Little Love
3. Lying to Mom
4. When I get home, My wife always pretends to be dead.
5. Farewell Song
6. La La La at Rock Bottom
7. Café Funiculi Funicula
8. My Dad is a Heel Wrestler
9. Samurai Shifters
10. A Banana? At This Time of Night?
11. Bento Harassment
12. Color Me True
13. Little Love Song


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING