PESTA GET ACTIVE WATSON’S KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH
Peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons, sekali lagi bakal menganjurkan acara tahunan Watsons #GETACTIVE FEST 2019 pada 19 Oktober di Sunway Lagoon Surf Beach, bermula pukul 4 petang hingga 11 malam!
Festival kecergasan ini terbuka kepada semua, termasuk kanak-kanak, orang dewasa, keluarga, remaja dan warga emas. Pesta #GETACTIVE menjanjikan untuk menjadikan anda aktif dan sihat, dengan pelbagai acara dan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan.
Meneruskan kejayaan tahun lalu acara Watsons Zumba Gerakkan Badanmu, yang merupakan perhimpunan Zumba terbesar di Malaysia, pada tahun ini acara itu berharap dapat menghimpunkan lebih banyak peminat Zumba untuk merasai kemeriahannya!
Pada tahun ini diperkenalkan Strong by Zumba yang merupakan latihan senaman intensiti tinggi dengan menggunakan tempo muzik untuk menjadikan tubuh anda bergerak laju dan pantas. Fikirkan burpee, tekan tubi, dan lain-lain pergerakan berimpak tinggi - yang diselaraskan dengan muzik. Tambahan pula, Zumba adalah tentang muzik.
Suntikan tenaga Zumba pada acara itu ialah Natalie Constanti, Penyampai Antarabangsa untuk Strong by Zumba. Beliau adalah seorang bekas juara Tae kwon-do, mantan penari profesional, pesaing kecergasan fizikal, minat Natalie dalam kecergasan telah membuka jalan untuk beliau meneroka banyak gaya & disiplin, dari tarian, seni mempertahankan diri, senaman berat badan & pergerakan ke bina badan di mana ianya telah meletakkan di 4 teratas di Pertandingan Model Kecergasan WBFF Diva Eropah. Semua bentuk pergerakan adalah semangatnya.
Pada #GETACTIVE FEST 2019, Natalie disokong bersama dengan Sunny Cheong, wakil Strong by Zumba Malaysia. Selain daripada acara Zumba Fitness & Strong by Zumba, para peserta akan mendapatkan "isian semula" tenaga mereka di zon trak makanan, manjakan diri mereka di bazar kesihatan dan 2 kecantikan, menyegarkan minda, badan dan jiwa mereka di bengkel kesejahteraan dan bersantai di arked kecergasan.
Tujuan Watsons menganjurkan pesta #GETACTIVE adalah untuk mempromosikan gaya hidup aktif kepada rakyat Malaysia melalui latihan fizikal dengan cara yang menyeronokkan namun mudah untuk semua peringkat umur, etnik, dan latar belakang.
Festival ini adalah sebahagian daripada kempen #GETACTIVE Watsons, inisiatif kesihatan untuk mempromosikan kehidupan sihat dan meletakkan Watsons sebagai destinasi membeli-belah kesihatan dan kecantikan yang ideal, memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah dengan pelbagai jenama dan produk. Acara ini menyasarkan bakal menarik 10,000 peserta pada tahun ini.
"Di Watsons, kami sentiasa komited untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan ini adalah tahun keenam penganjuran Pesta Watsons #GETACTIVE. Senaman menjadi ejen perpaduan dan menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan umur. Pesta #GETACTIVE adalah peluang bagi Watsons mewujudkan platform bagi menggalakkan pelanggan kami untuk aktif dan seterusnya meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan diri. Kami menggabungkan pesta #GETACTIVE dengan Zumba sekali lagi tahun ini, kerana ia tetap popular sepanjang tahun dan disamping memberi manfaat kepada kesihatan jantung, Zumba memberikan senaman untuk seluruh badan. Muziknya yang pantas, rancak dan bergoyang, menjadikan anda tidak boleh tidak untuk terus bergerak. Dan kerana ia dilakukan dalam suasana berkumpulan, Zumba adalah salah satu cara terbaik untuk mengajak keluarga dan rakan-rakan anda turut serta dalam "rutin senaman" anda, kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.
Acara tersebut dihadiri oleh Ms Caryn Loh - Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Encik Danny Hoh - Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia dan Cik Foo Hwei Jiek - Ketua Perdagangan Watsons Malaysia. Rakan selebriti Watsons seperti model kecergasan dan pelakon Kit Mah, Sharifah Eleen, Zumba Jammers Alex Phang dan Deno Au, Wakil Strong by Zumba Malaysia - Sunny Cheong, pengacara TV, pelakon & penyanyi Candy Ice, Monsterz Lee dan yang terakhir 3 tetapi tidak kurang hebatnya pemenang pingat emas gimnas berirama Malaysia - Amy Kwan yang berkongsi rejim kecergasan dan juga mencadangkan pelan pemakanan yang sihat.
Dapatkan tiket anda sekarang di mana-mana kedai Watsons di Lembah Klang atau beli tiket dalam talian dengan harga RM38.40 * (layak untuk seorang) untuk menikmati pengalaman penuh aktiviti Pesta #GETACTIVE, dengan edisi terhad T Shirt mudah kering Pesta #GETACTIVE, Baucar tunai RM10, botol air, tuala muka & beg kembara.
Lawati www.watsons.com.my/promo-getactive-fest2019 untuk maklumat lanjut.
Hashtag/Tanda Pagar Rasmi Acara:
#GetActiveFest2019
#GetActiveGetResults
#GetActiveWatsonsMalaysia
#WatsonsMalaysia
Comments
Post a Comment