SINGLE BAHASA MANDARIN JADI TARUHAN MAIZURAH



Maizurah, penyanyi wanita berketurunan Melayu yang berasal dari Johor, Malaysia, mengukir sejarah apabila tampil menulis dan merakamkan sebuah lagu Mandarin bertajuk “Have You Ever Loved Me”. Lagu ini yang liriknya dihasilkan sendiri oleh Maizurah, telah mendapat sentuhan komposer dari Derby, United Kingdom, Ben Haynes. 

Maizurah yang kini menetap di Qatar sememangnya meminati bidang muzik dan sentiasa berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Sebelum ini, beliau telah menulis dan merakamkan beberapa buah lagu Inggeris, namun tumpuan beliau kini lebih terarah kepada menghasilkan lagu-lagu Mandarin pula.

Berlatar belakangkan pendidikan dari sekolah Cina iaitu Foon Yew High School, Johor Bahru, Maizurah fasih bertutur di dalam Bahasa Mandarin, walaupun bahasa ibundanya adalah Bahasa Melayu, dan kelebihan ini amat membantu kreativiti beliau dalam menghasilkan lagu-lagu Mandarin. 

Dibesarkan dalam keluarga yang meminati dan menghargai seni muzik, Maizurah turut mewarisi minat yang sama. Ketika zaman remajanya, beliau banyak mendengar lagu-lagu Mandarin popular nyanyian A-Mei, Faye Wong, Leehom Wang, Jacky Cheung, Jerry Yan, Jay Chou, Jin Sha (Kym) dan Fish Leong.

Selain itu, Maizurah amat meminati Penny Tai dan menganggap Penny sebagai idolanya dalam industri muzik Cina. Kebetulan juga, Penny Tai merupakan alumni sekolah yang sama dengan Maizurah. Bangga dengan pencapaian serta kejayaan Penny dalam industri muzik Cina, Maizurah turut menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah Penny, dengan membangunkan kerjaya nyanyiannya serta menempa nama dalam industri muzik di China.

Maizurah berharap untuk berkolaborasi dengan mana-mana syarikat rakaman demi memastikan impiannya untuk menghasilkan album Mandarin menjadi suatu kenyataan kelak. Lagu beliau yang bertajuk “Have You Ever Loved Me” kini boleh didapati di saluran YouTube.




Ikuti Maizurah di Instagram @officialmaizurah

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL