SEPUTAR DI SIDANG MEDIA & MALAM GALA "LINE WALKER 2 INVISIBLE SPY"



Filem perisik penuh aksi yang merupakan sekuel kepada filem Line Walker (2016) bakal menghangatkan lagi pawagam-pawagam dengan gandingan tiga pelakon hebat yang pernah memenangi anugerah Nick Cheung, Louis Koo and Francis Ng. Pengedar filem ini, Lotus Five Star dengan rakan pemasaran RAM Entertainment telah membawakan pelakon, pengarah dan penerbit filem ini untuk mempromosikan filem ini di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Louis Koo yang sepatutnya menyertai lawatan promosi ini telah membatalkan penampilannya kerana demam panas. Tidak terjejas dengan ketiadaan Louis Koo, peminat-peminat filem Hong Kong masih hadir untuk memberi sokongan kepada filem  Line Walker 2 di malam gala yang diadakan di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Filem Line Walker 2 Invisible Spy membawakan kisah menarik dua orang polis perisik dan pergolakan persaudaraan yang berlaku di dalam situasi ancamam pengganas. Filem penuh aksi ini membawa penonton ke lokasi-lokasi penggambaran yang eksotik seperti Sepanyol dan Myammar selain daripada Hong Kong.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam mulai 8 Ogos 2019.

Sidang Media Line Walker 2: Invisible Spy di Hotel Ritz-Carlton


Pengarah : Jazz Boon

Pelakon Utama: Nick Cheung 

Pelakon Sandaran: Joe Ma

Penerbit : Ms Virginia Lok

Tetamu kehormat dari Lotus - Dato R.Doraisingam Pillai, Mr Garuna Murthee dan Mr Karthiik Doraisingam bersama wargakerja filem Line Walker 2.

Joe Ma, Jazz Boon, Nick Cheung & Virginia Lok

Potrait Louis Koo dan Nick Cheung yang dilukis menggunakan kesan tapak tangan dan cap jari oleh artis Hand 5 artistes Mr Dylan Ang and Mr Daniel Leong.

Kedua-dua Potrait tersebut telah mengambil masa 50 jam atau lebih seminggu untuk disiapkan dan menggunakan lebih 60,000 kesan tapak tangan dan cap jari..

Para peminat pelakon-pelakon Line Walker 2 Invisible Spy yang datang berpusu-pusu ke Pavilion KL untuk sesi bertemu peminat.

Jazz Boon, Nick Cheung, Virginia Lok & Joe Ma tiba di acara permaidani merah Malam Gala Filem Line Walker 2 Invisible Spy.

Nick Cheung

Penerbit Virginia Lok

Pengarah Jazz Boon

Pelakon Joe Ma

Filem Line Walker 2 Invisible Spy ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 8 Ogos 2019.

Pelakon, penerbit dan pengarah Line Walker 2 Invisible Spy disertai oleh barisan pengurusan Lotus Five Star Dato R. Doraisingam Pillai, Mr Garuna Murthee dan CEO Pavilion KL Dato’ Joyce Yap untuk majlis pelancaran rasmi filem tersebut.

Filem Line Walker 2 Invisible Spy dibawakan ke Malaysia oleh Lotus Five Star.

Penerbit, pengarah dan pelakon-pelakon Line Walker 2 Invisible Spy melambai kepada pengunjung Pavilion yang hadir untuk memberikan sokongan kepada filem tersebut.

Barisan pengurusan Lotus Five Star - Dato R.Doraisingam Pillai, Mr Garuna Murthee dan Mr Karthiik Doraisingam bersama wargakerja filem Line Walker 2 Invisible Spy.

Filem Line Walker 2 Invisible Spy bakal ditayangkan di lebih 100 pawagam di Malaysia! Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui siapakah perisik terhebat dalam filem ini.

Foto oleh: Kelvin Sing

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING