CRISTIANO RONALDO BAKAL SERTAI SHOPEE 9.9 SUPER SHOPPING DAY

Cristiano Ronaldo Ikon Bolasepak Antarabangsa dengan Chris Feng, CEO, Shopee

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mengumumkan pakatan kerjasama dengan ikon bola sepak global, Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbarunya. Cristiano Ronaldo akan bekerjasama dengan Shopee dalam pelbagai inisiatif untuk menarik dan memberi inspirasi kepada pengguna di rantau ini, bermula dengan kempen membeli-belah tahunan utama Shopee, Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, berkata, “Kami dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama kami dengan Cristiano Ronaldo, salah satu atlet paling hebat di zaman kami. Beliau merupakan sumber inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak setanding dengan komitmen kami kepada pengguna kami. Bersama Cristiano Ronaldo, kami berharap untuk membawa kesan positif yang berkekalan bagi rantau kita.”

Cristiano Ronaldo berkata, “Saya bangga menjadi duta jenama Shopee kerana kami berkongsi cita-cita yang sama, iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kepakaran kami. Saya sentiasa memperbaiki permainan saya untuk peminat dan pasukan saya, sama seperti Shopee sentiasa berusaha untuk membawa inovasi demi manfaat pengguna di rantau ini. Saya teruja dengan kerjasama ini dan berharap untuk mencipta lebih banyak detik istimewa untuk peminat saya bersama dengan Shopee.” 


Cristiano Ronaldo sertai 9.9 Super Shopping Day Shopee

Pengumuman oleh Shopee tentang Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbarunya selaras dengan pengembalian kempen membeli-belah tahunan utamanya, 9.9 Super Shopping Day. Cristiano Ronaldo akan menyertai pelbagai inisiatif Shopee untuk mendekatkan lagi pengguna dan peminat di seluruh rantau ini dengan ikon bola sepak global pujaan mereka:

Cristiano Ronaldo bintangi iklan TV 9.9 terbaru Shopee: Cristiano Ronaldo akan menjadi bintang utama iklan televisyen baru Shopee yang bakal disiarkan pada 16 Ogos di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.

Saksikan Cristiano Ronaldo secara langsung di Shopee: Buat kali pertama di Asia Tenggara dan Taiwan, peminat dapat mengenali Cristiano Ronaldo dengan lebih dekat menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live. Maklumat lanjut akan diumumkan di aplikasi Shopee dan platform media sosial pada masa akan datang. 

Saksikan siaran perdana iklan televisyen baru Shopee dengan Cristiano Ronaldo pada 16 Ogos. 

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
  • Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1. 
  • Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan. 
  • “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh. 
  • Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.
  • Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup) 
  • Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama. 
  • Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
  • Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
  • The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9. 
  • Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19. 
  • Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September. 
  • BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shopee.
Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma melalui App Store atau Google Play. 





Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!