Selepas beroperasi dengan jayanya sejak 22 tahun yang lalu, kini Utara Coffee House, Hotel Armada telah bertukar wajah dan kini dijenama semula dengan nama hanya ‘UTARA’. Restoran ini kini mempunyai penampilan yang malar segar atau timeless, dengan ruang makan yang lebih luas dan selesa. Dua lagi penambahan baru adalah ruangan dapur terbuka dan juga kafe di pintu masuk.
|
Ruangan dapur terbuka di mana tetamu boleh menyaksikan makanan disediakan secara segar. |
|
Suasana yang luas dan moden bagi menikmati hidangan yang enak di Utara. |
|
Pengurus Besar, Hoon Tai Chee berkata, “Kami faham industri hospitaliti ini adalah tinggi persaingannya dan berkembang dengan pesat. Ia adalah penting bagi kami untuk meningkatkan daya saing untuk menarik kedatangan anda. Jadi, dan menawarkan pengalaman baru. Jadi renovasi ini adalah tidak boleh dielakkan. Kami amat bangga untuk memperkenalkan semula ikon yang berwajah baru ini!” |
|
Dinding sebelum ini telah dipecahkan untuk memberi ruang yang lebih luas. Restoran ini mendapat cahaya semula jadi daripada matahari melalui tingkap panel kaca . |
|
Berkonsepkan ruangan terbuka, Utara sekarang memudahkan visibiliti, mobiliti dan komunikasi para tetamu dan wargakerja restoran ini. |
|
Projek renovasi ini diterajui oleh Elizabeth Yap dari firma rekaan dalaman StudioN3m. Elizabeth berkata, "Untuk premis perniagaan, renovasi tidak boleh dilalukan dengan kerap. Dengan ini, saya membuat rekaan yang malar segar atau timeless untuk restoran Utara yang baru; sesuatu yang tidak akan kelihatan lapuk selepas beberapa tahun. Saya inginkan sesuatu yang elegan untuk sebuah hotel dan ia juga harus mudah diselenggarakan. Jadi, hasilnya adalah apa yang anda lihat sekarang di sini." |
|
Walaupun Utara telah menjalani renovasi, citarasa sebenar restoran ini masih dikekalkan. Pelanggan-pelanggan setia masih boleh mendapatkan hidangan kegemaran seperti Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada. Utara juga telah memperkenalkan makanan Vegan buat mereka yang mempunyai diet vegan/ sayuran. |
Waktu operasi UTARA adalah dari jam 6.30 pagi sehingga 12 malam. Untuk membuat tempahan, sila hubungi talian 603-7954 6888 atau emel f&b@armada.com.my
Comments
Post a Comment