PROMOSI F&B RANGKAIAN HOTEL HILTON DI BULAN OGOS



Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu – Seafood Buffet

Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu memperkenalkan hidangan makanan laut segar yang diperolehi secara lestari dari perairan Kota Kinabalu. Beraneka makanan laut seperti ikan, udang, kerang, ketam boleh dinikmati dalam pelbagai cara masakan tempatan dan antarbangsa..

Setiap Jumaat & Sabtu   |   6:30 petang - 10:30 malam
RM145 nett seorang dewasa | RM73 nett kanak-kanak (6-12 tahun)
Diskaun 25% untuk ahli Hilton Dining   |   Diskaun 20% untuk pemegang kad kredit bank terpilih.

Untuk tempahan, sila hubungi +608 8356 000 atau emel ke BKIKK_FB@hilton.com



Urban Kitchen, Hilton Kota Kinabalu – Longest Weekend High-Tea Buffet

Bufet high-tea hujung minggu yang digemari ramai. Nikamti hidangan tempatan yang hebat seperti Sate, Asam Pedas, Rendang Kerabu dan banyak lagi setiap hujung minggu.

Bukan itu sahaja, semua kanak-kanak boleh nikmati makanan di meja bufet mereka sendiri dan persembahan badut istimewa di hujung bulan. 

Seiap Sabtu & Ahad  |   12:30 tengahari - 4:30 petang
RM88 nett seorang dewasa   |   RM44 nett kanak-kanak (6-12 tahun)

Untuk tempahan, sila hubungi +608 8356 000 atau emel BKIKK_FB@hilton.com


Vasco’s, Hilton Kuala Lumpur – Chocolate Factory 

Di sepanjang bulan Ogos ini, Vasco’s di Hilton KL membawakan Chocolate Factory, sebuah pengembaraan citarasa coklat merentasi negara-negara Eropah yang mengeluarkan coklat yang terbaik di dunia.

Bufet coklat, adalah tambahan kepada hidangan bufet yang sedia ada dan menampilkan beraneka jenis coklat berkualiti tinggi seperti Valrhona dari negara Perancis, Felchlin dari Switzerland, Callebaut dari Belgium, dan Kondima dari Germany. Selain coklat, tambatlah selera anda dengan pelbagai manisan koko seperti verrines, profiteroles, Mille Feuille, truffles, dan banyak lagi.

1 - 31 Ogos 2019 
RM188 nett seorang dewasa   |   RM68 nett kanak-kanak (5-11 tahun)
Diskaun 20% untuk ahli Hilton Dining APAC, penginap hotel, dan rakan bank.

Untuk tempahan, sila hubungi +603 2264 2264 atau emel KULHI_FB@hilton.com


Makan Kitchen, DoubleTree Resort by Hilton Penang – Full Moon BBQ

Sajian BBQ menjadi tumpuan utama bufet ini. Menampilkan hidangan daging yang diimport. Antara hidangan yang mesti dicuba adalah Lamb Chops, Chicken Tikka, Tenderloin Steak dan makanan laut bakar, dan tidak ketinggalan manisan yang enak di Makan Kitchen, DoubleTree Resort by Hilton Penang.

15 Ogos 2019
RM109 nett seorang dewasa   |   RM54.50 nett kanak-kanak (6-12 tahun)
Diskaun 50% harga dewasa untuk warga emas.
Diskaun tertentu untuk pemegang kad kredit bank terpilih dan juga ahli Hilton Dining.

Untuk tempahan, sila hubungi +60 4 892 8000 atau emel PENMB_FB@hilton.com




GRAZE, Hilton Kuala Lumpur – Express Set Lunch 

Senantiasa sibuk? Nikmatilah set hidangan makanan tengahari Barat, dari dapur ke meja makan anda dalam masa 45 minit, dengan satu hidangan pembuka selera, hidangan utama seperti Chicken Schnitzel, Braised Beef Cheek, Pan seared Atlantic Snapper, Handmade Tagliatelle Pasta dan Cauliflower Steak, sejenis makanan vegetarian dengan sos lemon, kuskus herba, dan kacang pistachios panggang.

Semua set termasuk segelas (1) minuman ringan atau jus dingin.

RM80 nett untuk 2 hidangan* (*Starter & main course)
Jus atau minuman ringan percuma
Tambahan RM10 untuk manisan   |  Menu diperbaharui setiap minggu

Untuk tempahan sila hubungi +603 2264 2596 atau emel KULHI_Graze@hilton.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3