IBU MENJADI SUMBER INSPIRASI PENGASAS JENAMA SERI LADY



Anak derhaka, ada hati nak jadi kaya? 

Tak mungkin. Begitulah pegangan pengasas jenama produk kecantikan, Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’. Berusia 39 tahun, Ummy Ju membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup yang ditempuhi ibunya dalam mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik beradik. Beliau banyak belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan keluarganya terutama ibunya.

Mengimbau zaman persekolahannya, Ummy Ju telah mula bekerja secara sambilan (part time) untuk membantu ibunya yang bekerja di kantin kilang. Kini, setelah berjaya mencipta nama dalam perniagaan dengan jenama Seri Lady, Ummy Ju nekad untuk membahagiakan satu-satunya wanita yang disanjunginya, Puan Sharifah Rauzah, 68.


Ketabahan ibunya dalam menghadapi cabaran hidup telah menajadi sumber inspirasi sepanjang kehidupan dan perniagaan Ummy Ju. Keutamaan diberikan kepada ibunya dalam apa jua urusan.

Tahun 2017 telah menyaksikan kelahiran produk kecantikan Seri Lady. Tidak puas hati dengan susuk badan yang agak berisi ketika itu, Ummy Ju telah mencetuskan sesuatu yang positif dari yang negatif. Keinginannya untuk menghasilkan satu produk berkesan untuk menghasilkan susuk badan idaman menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walaupun dihujani pelbagai rintangan.


Berkat kesabaran dan tidak melupakan jasa ibunya, Ummy Ju terus mengorak langkah berani dalam dunia perniagaan untuk meluaskan empayar Seri Lady, yang kini telah mencapai lebih 70 wakil jualan yang cekap di seluruh Malaysia dan juga negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.



Sifat rendah diri dan ketabahan dalam menghadapai segala cabaran dalam diri Ummy Ju telah menjadi ikutan dan inspirasi sebahagian besar wakil jualan Seri Lady untuk menjayakan perniagaan mereka.








Sebagai menghargai jasa ibunya, Ummy Ju telah menghadiahkan pakej umrah Ramadan dalam tahun 2019 kepada ibunya yang tercinta.


Ummy Ju adalah salah seorang anak didik Azizan Osman (TITANIUM) bersama dua rakan kongsi yang lain iaitu Nazira Shariff dan Ain Hamid.


Tidak dilupakan suami tercinta, Encik Zamri dan anak-anak yang sentaia memberi semangat dan dorongan untuk berjaya.


Dilahirkan ke dalam keluarga yang besar, Ummy Ju adalah anak kedua daripada empat beradik.


Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY

Sebagai panduan untuk berjaya dalam bidang perniagaan, Ummy Ju sentiasa berpesan, "Kalau masih ada ibu, jadikanlah ibu kita sebagai sumber inspirasi kita kerana merekalah pelajaran yang tidak ternilai untuk kita jadikan sumber inspirasi. ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA."

HARGAI IBU YANG MASIH ADA! ❤️

Untuk maklumat lanjut tentang Seri Lady, sila layari
Laman Facebook: https://www.facebook.com/seriladyofficial/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/seriladyofficialhq/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO