DENDAM PONTIANAK BAKAL MENGHILAI DI PAWAGAM 12 SEP



Primeworks Studios mengumumkan menjadi pengedar rasmi di Malaysia untuk filem seram 'DENDAM PONTIANAK' yang diterajui oleh Nur Fazura dan Remy Ishak yang akan berada di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019. Kerjasama ini merupakan yang pertama antara Primeworks Studios dengan syarikat produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures. 


'DENDAM PONTIANAK', ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan 'DENDAM PONTIANAK', yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan. 


’Pontianak’ dalam mitos negara Asia Tenggara merujuk kepada roh wanita mengandung yang mati ketika sedang melahirkan anak yang dipenuhi dengan dendam. Ia merupakan salah satu cerita dongeng seram Asia yang paling digeruni, tetapi pada hakikatnya Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan. Mitos tentang Pontianak ini adalah satu cara yang sempurna untuk menggabungkan elemen yang menjadikannya sebagai sebuah kisah tragis Asia dan menakutkan dan unik untuk tatapan penonton global tentang genre seram. Dengan adanya filem ini, pengarah dapat menghargai filem seram yang ditambah juga unsur revisionism dan kontemporari.


“Ia sememangnya satu pengalaman yang bermakna dapat berpeluang untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat. Kami juga sangat berbesar hati apabila Primeworks Studios bersetuju menjadi rakan pengedar rasmi filem ini di Malaysia. Semangat dan keupayaan Primeworks Studios memasarkan filem-filem unik membuatkan kami lebih percaya ianya satu langkah dan kerjasama yang ‘ideal’ untuk kami”, kata Glen Goei dan Gavin Yap dalam satu kenyataan bersama. 


"Kami di Primeworks Studios sentiasa mahu memperluaskan lagi rangkaian pemasaran dan pengedaran filem kami, ianya sangat penting bagi kami membina hubungan yang kukuh dalam mengetengahkan elemen filem serantau ini. Kami juga sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tiger Tiger Pictures untuk mengedar dan memasarkan filem seram-romantik ini. Kami juga sangat teruja untuk mempersembahkannya kepada semua penonton dan para peminat di Malaysia untuk menikmati filem yang sangat dinanti-nantikan ini", ulas Puan Nor Shahila Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.


Turut membintangi filem seram-romantik ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish. 

Selain itu, salah satu kelebihan untuk filem ini adalah gabungan krew produksinya yang sangat berbakat dari negara-negara serantau antaranya ialah Penataan Busana oleh Akma Suriati Awang, Penyunting hebat filem Shutter oleh Lee Chatametikool, Penataan Bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d'Or untuk Uncle Boomee Who Can Recall His Past Lives), Perunding Visual oleh Christopher Doyle (In The Mood For Love) dan Pengarah Sinematografinya oleh Jon Keng. 



Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk ‘Kekasihku Selamanya’ yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini. Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, ini adalah pertama kali beliau menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang ia telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu. Menurutnya, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri yang dicipta oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.


Dendam Pontianak, mula menghilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019.



Untuk info lanjut mengenai ‘DENDAM PONTIANAK’, layari 
Laman Facebook Rasmi: www.facebook.com/dendampontianakofficial, atau 

#DendamPontianak 
#HanyamuSelamanya


Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI