LEGAKAN KERENGSAAN KULIT DENGAN BEDAK AGNESIA BAHARU



Setelah berjaya memantapkan kedudukannya selama lebih 80 tahun, bedak Agnesia Hygiene Care kini menampilkan wajah terbaru di bawah rangkaian produk Beau Care nya dengan dua haruman menyegarkan iaitu lavender dan ros . Ia didatangkan dalam bekas 100g dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan.

Terbukti berupaya membasmikan 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI Asbestos, bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangkan.

Ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Bedak pelindung yang menjadi pilihan ramai ini membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia juga berkesan melegakan kegatalan kulit.




“Kita sememangnya beruntung kerana dapat menikmati sinaran matahari dan cuaca tropika sepanjang tahun. Namun, kerana kita berada dekat dengan air, cuaca sentiasa lembap sekali gus membuatkan kita mudah berpeluh. Oleh yang demikian, bedak Agnesia Hygiene Care merupakan pilihan terbaik kerana ia berupaya memberikan keselesaan dan kekeringan kepada para pengguna agar mereka sentiasa segar dan lega daripada kegatalan kulit,” kata Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, Ang Girl Bee.

“Semenjak ia mula dipasarkan lebih 80 tahun lalu, bedak Agnesia telah memainkan peranan penting dalam melindungi keluarga daripada kegatalan kulit dan memberikan kebebasan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian bersama-sama orang yang tersayang. Ia merupakan produk isi rumah yang sangat dipercayai oleh setiap generasi dalam memberi perlindungan selamat dan keselesaan yang dirumus khas untuk seluruh peringkat usia termasuk bayi seawal 3 bulan dan ke atas,” tambah Ang.

Bedak Agnesia disahkan Halal dan elok digunakan setiap kali selepas mandi bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.agnesia.com.my 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO