TSUBURAYA UMUM PERANCANGAN GLOBAL JENAMA ULTRAMAN



Dalam keputusan terbaru oleh mahkamah antarabangsa, Tsuburaya Productions Co. Ltd. (TPC) telah memenangi bidaannya sebagai pemilik Ultraman Harta Intelek Tunggal (IP), yang merangkumi semua watak adiwira Ultraman, raksasa dan watak lain yang berkaitan dengan Ultraman Universe.

Dengan kemenangan ini, Encik Masayuki Nagatake, Presiden Tsuburaya Productions, mengumumkan bahawa TPC akan memfokuskan kepada pengembangan global utama jenama Ultraman. Pada sidang akhbar utama Ultraman yang julung kali diadakan di Malaysia, TPC telah mengumumkan semua rancangan kerjasama perniagaan mereka bersama seluruh rakan kongsi mereka di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Masayuki Nagatake, Presiden Tsuburaya Productions Co. Ltd

Pada sidang akhbar itu, Encik Masayuki Nagatake, Presiden Tsuburaya Productions berkata, "Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa kami, TPC, telah memenangi kes tuntutan undang-undang Amerika Syarikat yang memantapkan usaha kami selama beberapa dekad untuk menyelesaikan sepenuhnya pertikaian ini dan mengesahkan bahawa kami merupakan pemegang hak ekslusif kepada jenama "Ultraman". Oleh kerana penghakiman A.S. sangat dipercayai dan diiktiraf di seluruh dunia, kami berhasrat untuk meneruskan secara aktif dengan pengembangan jenama ini ke luar negara.


TPC mendedahkan rancangan mereka untuk tiga tahun akan datang bermula dengan pengumuman siri terbaru Ultraman, Ultraman R / B, yang akan disiarkan di Astro TV Malaysia bermula pada 30 Ogos 2019. Selain itu, TPC baru-baru ini telah melancarkan satu siri baru berjudul "ULTRAMAN TAIGA" di Jepun pada Julai 2019 dan boleh ditonton di seluruh dunia pada tahun 2020. Ultraman Taiga adalah anak kepada pahlawan legenda, Ultraman Taro, dan akan meneroka alam semesta bersama rakan adiwiranya, Ultraman Titas dan Ultraman Fuma.

Perkembangan Ultraman diteruskan di mana TPC melancarkan Ultra Galaxy Fight, sebuah siri dalam talian yang menampilkan barisan Hero Generasi Baru Ultraman VS League of Darkness! Ultra Galaxy Fight akan disiarkan di saluran YouTube rasmi TPC bermula dari 29 September 2019.


Selain itu, TPC juga mengumumkan bahawa penerbitan Musim kedua ULTRAMAN Netflix sedang berlangsung kini. Pertama kali disiarkan pada bulan April 2019, siri ini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia dan mengeluarkan banyak barangan. TPC juga memberitahu bahawa lebih banyak watak akan dipaparkan pada musim yang akan datang.

Selain daripada itu, Encik Masayuki Nagatake, berkata, "Kami akan menyiarkan "KAIJU STEP", sebuah mini siri tentang Ultraman Kaiju yang muncul sebagai anak kecil dan meneruskan pengembaraan sambil mempelajari tentang perkara-perkara baru. KAIJU STEP bertujuan untuk kanak-kanak prasekolah dan pertama kali disiarkan di rangkaian TV (NHK TV) pada penghujung 2019. Selain itu, saya bangga mengumumkan bahawa rangka penerbitan "SHIN ULTRAMAN" sedang berlangsung, sebuah filem asal Ultraman yang dicipta pada 1966. Filem ini dijadualkan akan dikeluarkan pada tahun 2021, dan ia akan menjadi filem bajet terbesar yang pernah ada dalam sejarah Ultraman Universe! ".

Pn Rashidah Ridha Sheikh Khalid, Pengarah MyIPO

Turut hadir sama pada Persidangan Akhbar Ultraman ialah Encik Masayuki Nagatake, Presiden Tsuburaya Productions, bersama YBhg. Dato’ Mohd Roslan Mahayudin, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO), Encik Kei Minamitani, Pengurus Hal Ehwal Perniagaan Antarabangsa Tsuburaya Productions, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian & Rangkaian ASEAN (ARFF), Perbadanan Kota Buku, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Persatuan Pengilang Filem Malaysia (PFM), Persatuan Runcit Malaysia (MRA), Persatuan Pasca Pengeluaran & Animasi Malaysia (POSTAM), Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) dan Kedutaan Jepun di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING