KEDAI KONSEP KK TAWAR LEBIH 100 PILIHAN MAKANAN SEGAR



Kumpulan Syarikat KK telah membina jenama nama yang kukuh di perantaraan khalayak ramai pengguna di rumah melalui KK SUPER Mart, rangkaian kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, dengan lebih 9,000 produk keperluan asas harian di seluruh 400 cawangan setakat ini.


Syarikat yang bertindak balas berterusan terhadap pemodenan dan trend gaya hidup semasa, telah melancarkan Kedai Konsep KK di KL hari ini. Konsep kedai tempatan ini menandakan yang pertama di Malaysia berkonsepkan penyediakan makanan tersedia untuk dimakan dan konsep makanan segar, juga menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenis makanan yang tersedia untuk dimakan dan makanan segar. Dengan harga yang berpatutan, terdapat pelbagai jenis barangan untuk memenuhi keperluan setiap pengguna. 


Makanan yang dijual adalah benar-benar buatan Malaysia. Pelbagai makanan yang disediakan termasuk Sos Sate Premium dengan Kangkung, Asam Pedas Oden (dengan sentuhan Jepun), Hainanese Chicken Chop, Nasi Ayam Rendang Bento, Pao dan Siew Mai. Untuk penggemar pencuci mulut, Gelateria Musang King juga disediakan. 


Pelanggan yang lebih suka pilihan makanan yang lebih sihat boleh memperibadikan makanan mereka dengan pelbagai bahan-bahan segar untuk dipilih di Bar Sandwic dan Salad. Terdapat juga beraneka jenis makanan berdasarkan roti, seperti roti bun, kek, biskut dan muffin yang dijual sepanjang hari.


Rasai kepelbagaian pilihan dengan makanan kegemaran Jepun – seperti oden. Ia dihidangkan di dalam tiga jenis sup berperisa: Asam Pedas, Mala dan Sup Jernih. Kedai Konsep KK mungkin akan menjadi satu lagi tempat tren BB Tea di mana pelanggan boleh menikmati QQ Jelly dan Kacang Merah sebagai topping yang disajikan dalam teh susu segar.


Peminat ais krim akan teringin untuk mencuba pelbagai ais krim yang lazat dengan rasa yang popular seperti coklat, strawberi dan mangga atau rasa inovatif seperti Musang King dan yogurt beku dengan lebih 15 topping untuk dipilih. 


Sebagai jenama tempatan yang sentiasa mentakrifkan pasaran kedai serbaneka, Kedai Konsep KK bertujuan untuk menawarkan persekitaran kedai serbaneka yang unik kepada para pelaggan untuk dinikmati. Ini bermakna, para pelanggan juga akan menjangkakan sebuah kafe moden kontemporari, dipanggil B Café yang menawarkan kopi segar dan pelbagai jenis makanan.




Dengan keluasan 1,000 kaki persegi di tingkat atas, ruang kafe yang selesa ini akan memaparkan ciri suasana yang santai (dengan pencahayaan semulajadi dari tingkap-tingkap lebar) sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin berehat, berbual atau bekerja dengan selesa. 


Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan daripada Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, “Kedai Konsep KK adalah satu pencapaian yang besar untuk syarikat ini dan juga untuk pasaran kedai serbaneka di Malaysia. Kami berhasrat untuk menyediakan menu makanan eksklusif yang mudah diperolehi dan bernilai untuk wang anda. Kami juga ingin menawarkan satu pengalaman yang unik semasa membeli-belah, semasa menjamu selera serta perkhidmatan berkualiti kepada setiap pelanggan sama ada keluarga dengan anak-anak kecil, orang dewasa yang bekerja, pelanggan lewat malam dan juga warga emas yang masuk ke kedai kami. Kami berhasrat untuk membuka lebih 40 buah Kedai Konsep KK menjelang tahun 2020 dan setiap cawangan akan ditempatkan secara strategik di kawasan kediaman dan kawasan aliran trafik tinggi. Kami juga akan terus mendefinisikan semula konsep dan penawaran kami untuk memenuhi permintaan para pelanggan kami.” 






Kedai Konsep KK terletak di sepanjang deretan rumah kedai bertentangan Plaza Low Yat (alamat: No. 54, Jalan Bulan off Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur). Para pelanggan boleh membeli-belah untuk keperluan harian di tingkat bawah kedai disamping menikmati pelbagai pilihan makanan yang terdapat di tingkat bawah dan di B Café di tingkat dua. 


Sempena pembukaan kedai ini, promosi Beli 1 Percuma 1 juga akan dilancarkan untuk semua item makanan di Café B dari 20hb Julai hingga 22hb Julai 2019. Seterusnya, diskaun 20% akan ditawarkan untuk semua set Bento daripada 23rd Julai hingga 11hb Ogos 2019. Promosi diterus dengan diskaun 20% ke atas semua sandwic dibuat atas pesanan dari 12 Ogos hingga 31 Ogos 2019.



Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?