HWGPAY: BUKAN SEKADAR PEMBAYARAN DIGITAL

Dari kiri: Dato' Aaron Lim Ooi Hong, Managing Director of Ho Wah Genting Berhad, Pehin Sri Dato’ Lim Hui Boon, Group President of Ho Wah Genting Group, YB Tuan Tan Kok Wai, Special Envoy of Malaysia to the People’s Republic of China, En. Danial Mah Abdullah, Director General of Labuan Financial Services Authority (LFSA) and Mr. Gavin Lim Chun Hoo, CEO of HWGG Capital P.L.C

Revolusi pembayaran aset digital kini tiba di Malaysia apabila HWGG Capital P.L.C secara rasminya melancarkan Ekosistem Blockchain HwgPay, membolehkan pengguna membuat perbelanjaan aset digital yang selamat dan boleh diharapkan. Acara yang berlangsung di Shangri-La, Kuala Lumpur ini telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Tan Kok Wai, Duta Khas China ke Malaysia serta En. Danial Mah Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).

Masa Depan Pembayaran Aset Digital

Ekosistem Blockchain HwgPay adalah sebuah rangkaian bersepadu yang terdiri daripada penyelesaian pembayaran aset digital HWGG Capital: HWG Cash dan HwgPay. HWG Cash adalah token tunai terlaras yang pertama di Asia, ditetapkan berdasarkan Dolar Amerika Syarikat, menjadikan ia token stabil pertama yang berpusat di Asia. HwgPay adalah dompet aset digital yang boleh digunakan untuk menyimpan, menghantar, menerima dan membuat pembayaran menggunakan aset digital dan token tunai seperti Bitcoin, Ethereum, dan semestinya, HWG Cash. 

Kedua-dua penyelesaian pembayaran aset digital yang digunakan/diaktifkan oleh blockchain ini, telah diumumkan pada awal tahun ini oleh HWGG Capital, iaitu memperkenalkan para pengguna dan perniagaan kepada kemudahan yang ditawarkan oleh aset-aset digital. Ekosistem Blockchain HwgPay ingin memperkasakan para pengguna dan peniaga dengan pelbagai penyelesaian yang bukan sahaja membolehkan dan memudahkan perbelanjaan aset digital, tetapi juga membenarkan transaksi yang lebih cepat dan selamat setiap hari. 

“Pelancaran Ekosistem Blockchain HwgPay ini merupakan kemuncak perjalanan HWGG Capital dalam usaha memperkenalkan transaksi aset digital yang terlaras untuk para pengguna dan perniagaan,” kata Gavin Lim, Ketua Pegawai Eksekutif HWGG Capital. “Teknologi Blockchain bukan sahaja berpotensi untuk mengubah cara kita menjalankan transaksi pembayaran dalam talian dengan selamat, tetapi juga menginovasi pelbagai perkhidmatan harian seperti pengedaran, automasi dan pengesahan.” 

Sebelum ini, tidak banyak perniagaan yang ingin mengendalikan aset digital kerana banyak masalah yang dihadapi untuk menukarnya kepada wang digital bagi tujuan transaksi biasa. Hasil pelarasan oleh Labuan FSA, kestabilan HWG Cash dapat mengelakkan perniagaan dari perlu menanggung kerugian akibat turun naik nilai yang tinggi dalam mata wang digital. Selain itu, penggunaan teknologi rantaian umum everiToken di sebalik HWG Cash juga membolehkan para pengguna dan peniaga membuat transaksi aset digital tanpa risiko keselamatan, yuran yang tinggi atau campur tangan pihak ketiga. 

Menonjolkan Labuan, Malaysia sebagai Peneraju dalam Inovasi Digital 

Pada awal 2019, Kementerian Kewangan Malaysia menyatakan bahawa negara ini bakal menjadi masyarakat tanpa tunai (cashless society) dengan lebih 90% rakyat Malaysia memiliki akses kepada perbankan dalam talian dan para peniaga tempatan menerima dengan terbuka penggunaan dompet digital. Visi ini turut dikongsi oleh HWGG, di mana penyelesaian-penyelesaian berlesen Labuan FSA sudah pun membolehkan pengguna membuat pembayaran untuk pelbagai produk dan perkhidmatan dengan mudah menggunakan aset digital mereka. 

HWGG bertindak seiring dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebuah hab teknologi kewangan dan blockchain. 

“Sejak mula mengguna pakai teknologi blockchain, 25% daripada projek-projek blockchain di dunia ini sedang dijalankan di China. Negara tersebut juga merupakan pemegang paten teknologi blockchain yang tertinggi di dunia,” kata YB Tuan Tan Kok Wai, Duta Khas China ke Malaysia. “Dengan potensi teknologi blockchain yang mampu menyamakan peluang antara negara-negara membangun dan maju, Labuan kini telah mengambil langkah-langkah besar yang pertama untuk menuju inovasi digital berikutan pelancaran Ekosistem Blockchain HwgPay ini.” 

Ekonomi global hari ini dikuasakan secara digital dan teknologi blockchain dengan pantas memacu inovasi dalam industri pembankan dan pengeluaran. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan pendigitalan dalam sektor awam dan swasta dalam usahanya menuju Industri 4.0. Ekosistem Blockchain HwgPay ingin melonjakkan kedudukan Labuan sebagai peneraju dalam penerimaan, keusahawanan dan inovasi blockchain, seterusnya meletakkan Malaysia sebagai prospek yang menarik bagi ekonomi dan industri blockchain yang berteknologi tinggi dan bernilai tambahan tinggi di rantau ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekosistem Blockchain HwgPay atau pertanyaan lanjut berkaitan perniagaan, layari www.hwggcapital.com / www.hwgcash.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO