AMAN CENTRAL ANJUR MINGGU FESYEN KEDAH JULAI INI


Kedah Fashion Week (KFW) adalah satu acara tahunan gemilang bagi meraikan fesyen, trend dan couture, yang dilangsungkan di Aman Central sejak tahun 2016 lagi.

Acara fesyen tiga hari bakal menghimpunkan pereka-pereka dan influencer fesyen tanahair serta selebriti. Bertemakan “Modestyle”, KFW juga menjadi satu platform bagi kedai-kedai di Aman Central memperagakan koleksi terbaru mereka.


Antara jenama yang bakal mengambil bahagian dalam KFW adalah UNIQLO, Parkson, Pandora, Carlo Rino, Cosas United, Hush Puppies and Obermain.

Aman Central turut memperkenalkan dua anugerah baru dalam KFW iaitu (1) Persembahan Fesyen Terbaik (The Best Fashion Presentation Award 2018) dan (2) Koleksi Fesyen Terbaik (Best Fashion Collection Award 2018) untuk pereka-pereka yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.


Untuk memeriahkan lagi suasana KFW, penghibur-penghibur tersohor tempatan juga bakal berkongsi pentas dengan model-model. Penyanyi Noryn Aziz bakal membuat persembahan di Malam Gala manakala Pemenang Volakis Terbaik Anugerah Juara Lagu-32 (AJL) dan Ernie Zakri bakal menghiburkan para hadirin di ‘Night Out’.

Pada malam kemuncak KFW, pemenang AJL-32, Hael Husaini bakal “menjampikan” para undangan dengan lagu-lagu hitsnya.

Para pengunjung Aman Central juga berpeluang untuk beramah mesra dengan ratu-ratu cantik, Debra Jeanne Poh (Miss Grand Malaysia 2018) dan Scarlett Megan Liew (Miss Intercontinental Malaysia 2018) setiap malam.


Dapatkan perkembangan terkini melalui https://www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar/
#KFW2018 #ACfashionweek #amancentralas

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL