JBL RISING STAR CUNGKIL BAKAT SENI SUARA SECARA ONLINE


Pertandingan nyanyian JBL Rising Star 2018, yang bermula pada bulan Mac, telah sampai dikemuncaknya. Sepuluh peserta yang berbakat telah bersaing di peringkat terakhir yang diadakan di Sunway Velocity Mall pada hari Sabtu, 23 Jun 2018. Selain bertanding untuk membawa pulang hadiah utama, para peserta juga akan bertanding untuk membawa pulang gelaran; ‘Anugerah Penyertaan Online Paling Popular’ dan ‘Anugerah Persembahan Terbaik’.

Menawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM 100,000; pertandingan nyanyian ini telah mendapat sambutan yang positif sejak ia bermula. Lebih daripada 800 individu yang berbakat pada usia 16 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk pertandingan ini.

Petandingan ini amat sengit sehingga peserta sepuluh finalis dipilih. Pemenang pertama akan menerima hadiah bernilai sehingga RM50,000; iaitu hadiah wang tunai RM8,000 dan produk JBL.

Selain itu, pemenang juga akan dilantik sebagai duta JBL Rising Star. Sepuluh finalis JBL Rising Star yang terpilih adalah Charlotte Ardelle Felix, Faysal Bin Md Saad, Lee Kar Yee, Vishal A/L Gopinathan, IIham Mudzaffar bin Abd Mutek, Karyn Ong Kai Lin, Vanessa Van Huizen, Clinton Chua Han Yong, Nurul Ashikin Binti Rosnan, dan Dennis Ooi Wen Xian.

Para peserta JBL Rising Star 2018 tersebut adalah dipilih oleh juri professional iaitu; penyanyi terkenal, penulis lagu dan penerbit muzik, Hanz Guo Wen Han, penyanyi, pencipta lagu dan YouTuber, Jenn Chia, penyanyi lagu ‘Jampi’, Hael Husaini.

Pertandingan ini adalah dianjurkan oleh Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, pengedar tunggal JBL di Malaysia. Clinton Chua telah dinobatkan sebagai juara JBL Rising Star 2018 dengan lagu “How Will I Know”, di peringkat akhir pertandingan berlangsung di Sunway Velocity Mall. Tahniah juga kepada semua peserta JBL Rising Star!

Pertandingan ini semestinya persaingan yang sengit untuk dinilai tiga juri terkemuka iaitu Hanz郭文翰, Hael Husaini dan So, I’m Jenn kerana semua peserta yang sangat hebat dan berbakat.


Juara: Clinton Chua Han Yong
Naib Juara: Charlotte Ardelle Felix
Tempat Ketiga: Nurul Ashikin Binti Rosnan
Persembahan Terbaik: Clinton Chua Han Yong
Paling Popular: Vanessa Van Huizen

Album foto acara ini boleh diakses di Album FB Femangonline.

Untuk maklumat lanjut tentang JBL Rising Star, sila layari laman web www.facebook.com/JBLMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!