THE FACE INC KINI DI ROBINSONS KUALA LUMPUR



Jenama penjagaan kulit popular, The Face Inc kini membuka kaunter jualannya yang pertama di pusat membeli-belah, Robinsons Kuala Lumpur di Jalan Ampang.

Pembukaan kaunter ini adalah berikutan penjenamaan semula The Face Inc dengan pembungkusan yang lebih sofistikated dan moden.

Pelanggan berpeluang mendapatkan konsultasi tentang rawatan dan pengesyoran produk penjagaan kulit daripada perunding maya, “Dr. Rei”. Dengan pembungkusan baru, produk The Face Inc dibahagi kepada empat langkah iaitu  Clear, Correct, Rejuvenate dan Protect. 

Rangkaian produk tersebut dikenali dengan kod warna dan dilabel dengan kod angka Roman, satu sehingga empat, untuk memudahkan pelanggan menggunakan produk-produk mengikut urutan yang disyorkan untuk keberkesanan optimal dalam rutin harian penjagaan kulit wajah.






Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thefaceinc.com dan ikuti www.facebook.com/thefaceincmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

STEMEY MELANCARKAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT ‘STEM CELL’ TUMBUHAN DR SYS

KINOHIMITSU PERKENAL KOLEKSI HAMPER TAHUN BARU CINA 2026

HARVEY NORMAN MALAYSIA LANCAR LAKARAN MALAYSIA: GABUNGAN SENI KONTEMPORARI DAN WARISAN TEMPATAN