SIAPAKAH YANG BAKAL MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU 33?



Segala soalan mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir (SFMM33) telah terjawab. Ini merupakan perhentian terakhir bagi 30 buah lagu bersaing dan hanya 12 lagu layak mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Para peminat juga boleh saksikan konsert SFMM33 di YouTube TV3 Malaysia iaitu TV3MALAYSIA Official.

30 lagu yang bakal berentap ini adalah hasil undian para peminat di carta Muzik-Muzik 33, tiada lagi jalan pintas menerusi Showcase seperti tahun-tahun sebelum ini. SFMM33 yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni (Haziq Hot FM) bakal bermula pada 9, 16 dan 23 November ini, bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Saksikan persembahan pembukaan hos-hos SFMM 33 yang menampilkan parodi AJL32, K-pop dan mash-up lagu-lagu yang tular kini. Selain itu, SFMM33 juga memaparkan persembahan gabungan artis lama dan baharu seperti Bumi Putra Rockers, Black, Flop Poppy, Hafiz Suip, Gersang dan Hazama.

SFMM 33 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada hari Selasa setiap minggu konsert tersebut (6, 13 dan 20 November 2018) di Balai Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan Balai Pengawal, Sri Pentas 2, Aras 5, Plaza Alam Sentral seawal jam 11 pagi.


Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM33. Malah, para pengunjung yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Muzik Muzik 33 Separuh Akhir di kaca televisyen juga boleh saksikannya secara strim langsung di saluran Youtube TV3. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM33 bagi menghangatkan lagi Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir di laman sosial anda!. 

Berikut adalah senarai 30 lagu yang layak mengikut turutan minggu persembahan:

· Persembahan SFMM33 (Minggu pertama, 9 November)

ARTIS
LAGU
KOMPOSER
PENULIS LIRIK
1.
SUFIAN SUHAIMI
Di Matamu
Sirkhan & Rinkarnaen
Sirkhan & Rinkarnaen
2.
QODY
Dia
Ippo Hafiz
Ippo Hafiz
3.
ARIFF BAHRAN
Kata Akhirmu
Rudy Kasmaran, Jimmy Asmara, Sang Hitam
Rudy Kasmaran, Sang Hitam
4.
ALIF SATAR
Sesungguhnya Aku

Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong
Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong
5.
KUGIRAN MASDO
Bercanda Di Malam Indah
Ali Sariah
Ali Sariah
6.
LIZA HANIM
Mimpi
Hafiz Hamidun
Fedtri Yahya
7.
DEWI SERIESTHA
Seindah Berdua
Dewi Seriestha
Dewi Seriestha
8.
DAYANG NURFAIZAH
Dia
Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini
Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini
9.
SITI SARAH
Semakin
Mera Utama
Mera Utama
10.
AMYLEA X KAER
Tak Pernah Hilang
Farouk Roman
Amylea
11.
BEN LADIN
Hikayat Benladin
Dedeq & Malique
Dedeq & Malique

· Persembahan SFMM33 (Minggu kedua, 16 November)

ARTIS
LAGU
KOMPOSER
PENULIS LIRIK
1.
ALTIMET
Bunga
Omar K, John Jeevasingam
Altimet
2.
KHAI BAHAR
Luluh
Khai Bahar
Khai Bahar
3.
KHAI BAHAR & FATIN HUSNA
Rahsia Kita
Harris Yusoff
Jim Bimasakti
4.
AKIM & THE MAJISTRET
Stereotype

Laq & Hang Nadim
Laq & Hang Nadim
5.
AMAN AZIZ
Sulit
Asfan Shah
Asfan Shah & Fedtri Yahya
6.
ARA JOHARI
Bunga
Hang Nadim, Laq, Kadok
Hang Nadim, Laq, Kadok
7.
SHIHA ZIKIR
Jagakan Dia
Ippo Hafiz
Ippo Hafiz
8.
HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH
Haram
Hael Husaini & Ezra Kong
Hael Husaini & Ezra Kong
9.
ISMAIL IZZANI
Demi Kita
Omar K, Ezra Kong, Adib Hamdi
Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani
10.
STACY
Cakap Ke Tangan
Hang Nadim & Laq
Hang Nadim
11.
SYAMEL
Kau Pun Sama
Syamel & Kidd Santhe
Syamel

· Persembahan SFMM33 (Minggu ketiga, 23 November)

ARTIS
LAGU
KOMPOSER
PENULIS LIRIK
1.
HAQIEM RUSLI
Selamat Tinggal Sayang
Haqiem Rusli
Haqiem Rusli, Ibnu
2.
HAQIEM RUSLI
ft AMAN RA
Jatuh Bangun
Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fattana
Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fattana, Aman Ra
3.
HAEL HUSAINI
Hajat
Hael Husaini, Ezra Kong
Hael Husaini, Ezra Kong
4.
DAYANG NURFAIZAH
Layarlah Kembali

Aubrey Suwito
Ad Samad
5.
SITI NORDIANA & JACLYN VICTOR
Nisan Cinta
Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong
Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong
6.
WANY HASRITA
Rintihan Rindu
Ibnu, Gouffran
Ibnu, Gouffran
7.
ONE AVENUE BAND
Kisah Antara Kita
Reyhan
Reyhan
8.
MISHA OMAR
Sampai Bila
Sharon Paul
Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

­


Comments

Popular Posts