TMC FERTILITY TERUS MEMBANTU PASANGAN MENIMANG CAHAYA MATA



TMC Fertility sekali lagi berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records dengan memecah rekod bagi Jumlah Kelahiran Bayi IVF Tertinggi yang Dihasilkan oleh Satu Amalan Tunggal IVF, dengan kadar kelahiran hidup 5,388 bayi. 


Bersempenakan dengan pengiktirafan itu, TMC Fertility telah membawa lebih daripada 300 orang ibu bapa dan anak-anak mereka dari seluruh dunia untuk satu majlis ringkas bagi meraikan kejayaan mereka yang dicipta sejak 1994 dalam membina sebuah keluarga bahagia untuk mereka.

Majlis berkenaan merupakan perjumpaan santai di antara keluarga, doktor, jururawat dan turut dihadiri kanak-kanak IVF dari seawal usia beberapa bulan hingga 20 tahun. Para hadirin yang menghadiri majlis yang bertemakan karnival itu, telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti serta permainan yang menyeronokkan seperti tarian, pertandingan mewarna, lukisan di muka, gerai foto, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif TMC Fertility, Woon Ming Ming berkata, “Kejayaan rawatan kesuburan para pesakit kami mengingatkan bahawa kami terus memberikan harapan dan kegembiraan kepada keluarga dari seluruh dunia. Di TMC Fertility, kami menganggap perjalanan rawatan kesuburan pesakit kami seperti perjalanan kami jua.  Kami sentiasa ada disamping mereka di setiap langkah perjalanan mereka sehingga mereka berjaya melahirkan zuriat mereka ke dunia ini yang sejajar dengan misi kami ‘From Hope To Joy’”.

“Akhirnya doa kami termakbul selepas 10 tahun menunggu untuk menimang cahaya mata aapibla kami menemui TMC Fertility pada tahun 2013,” ujar Noel dan Elizabeth Ancheta, salah satu pasangan dari Filipina.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan, Malaysia Book of Records, Cik Gillian Ooi kepada Ketua Pegawai Eksekutif TMC Fertility, Cik Woon Ming Ming dan disaksikan oleh para perunding IVF TMC Fertility serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TMC Life Sciences Bhd., Encik Jimmy Wong.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pesakit kami atas sokongan mereka dan kami berasa amat gembira kerana dapat membantu mereka membina keluarga yang sempurna dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Saya berasa amat teruja kerana TMC Fertility telah berjaya memecahkan rekod kami sendiri di dalam Malaysia Book of Records. Pengiktirafan serta anugerah ini merupakan satu penghormatan bagi kami dan menjadi detik bersejarah yang amat kami banggakan,” tambah Ming Ming.

“Dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan pakar embriologi, doktor, jururawat dan kakitangan pentadbiran kami di TMC Fertility memang tiada tolok bandingnya dalam mewujudkan persekitaran yang terbaik bagi memastikan hasil yang cemerlang dan keselamatan pesakit. Kami berasa amat terharu dan rendah diri kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dalam menuju ke alam keibubapaan, setelah melihat wajah kanak-kanak yang gembira dan sihat serta ibu bapa mereka yang ada bersama-sama dengan kita pada hari ini,” ujar Pengarah Perubatan TMC Fertility, Dr Surinder Singh.

Pada tahun 2013, TMC Fertility telah mencatat rekod dengan 3,210 bayi IVF dan pada tahun ini, mereka telah berjaya memecahkan rekod tersebut dengan jumlah 5,388 bayi IVF sehingga Mei 2018. Amalan IVF ini telah memberikan khidmat kepada pasangan-pasangan tempatan dan luar negara, termasuklah pasangan dari Indonesia, Singapura, China, Eropah dan Timur Tengah.

“Saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada pakar saya, kerana beliau saya berjaya hamil. Kedua-dua kitaran IVF saya pada tahun 2015 & 2017 berjaya membawa kepada kehamilan,” kata Kok Soo Sze, salah seorang pesakit dari Malaysia.

Di samping terus berusaha membantu sebanyak keluarga yang mungkin, TMC Fertility turut berharap agar lebih banyak keluarga mengambil langkah segera untuk mendapatkan rawatan seawal yang mungkin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TMC Fertility, sila kunjungi https://www.tmcfertility.com/ .

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025