PUMA TRAIN 24/7- KARNIVAL KECERGASAN SEPANJANG HARI



Jenama sukan global, PUMA bakal menganjurkan buat kali pertamanya, satu acara karnival kecergasan sepanjang hari pada 17 November ini. Karnival 'Puma Train 24seven Malaysia' bakal berlangsung di Kenanga Star XPO dengan menampilkan gabungan pelbagai jenis aktitivi senaman dan rutin kecergasan di bawah satu bumbung.

Acara tersebut menampilkan sembilan rutin latihan yang merangkumi tiga zon kecergasan, iaitu kegigihan (persistence), kelajuan (pace), dan kekuatan (power). Peserta boleh memilih sehingga enam jenis aktiviti mengikut kesukaan mereka. Dari latihan ‘HIIT’ (high intensity interval training) ke rutin ‘Glow Dance’ yang menggunakan cat ‘glow-in-the-dark’, PUMA Train 24seven mempunyai rutin latihan yang penuh unik dan menyeronokkan.

Setiap peserta akan menerima beg jinjing PUMA eksklusif, kemeja-T PUMA dan seutas gelung senaman rintangan (resistance band).

 Dapatkan tiket anda sekarang di http://www.puma24seven.my/

Comments

Popular posts from this blog

BELLA ASTILLAH JADI BARISTA BUBBLE TEA SEHARI, LAYAN LEBIH 500 PEMINAT DI IOI CITY MALL, SIAP ‘TAPAU’ DONUT TRUEDAN UNTUK AYDEN DAN ARA

SENTUHAN KLASIK, PESONA MODEN: NUR TAJ SPA & BEAUTY MENGANGKAT SENI 'URUTAN MALAYSIA' KE PERSADA DUNIA