PESTA FILEM AMERIKA LATIN KEMBALI UNTUK KALI KE-17



Pesta Filem Amerika Latin/ Latin American Film Festival (LAFF) kembali untuk tahun ke-17 dan rakyat Malaysia akan berpeluang menikmati kehebatan pawagam Amerika Latin dan Caribbean tanpa sebarang bayaran di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion. 

Dianjurkan oleh Kedutaan Amerika Latin dan Caribbean/ Embassies of the Latin American and Caribbean Group (GRULAC) di Kuala Lumpur, Malaysia, Festival Filem Amerika Latin akan berlangsung dari 7 November hingga 11 November. Kaki wayang akan berpeluang menikmati beberapa filem terbaik dari Argentina, Brazil, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela. 

Sebagai tradisi, negara tetamu akan mengambil bahagian dalam perayaan tahun ini. Tetamu tahun ini adalah India untuk menambah lebih banyak warna dan perisa untuk Festival ini. 

"Pawagam adalah satu peluang yang baik untuk menunjukkan contoh kepelbagaian yang luar biasa dan pelbagai ekspresi budaya Latin Amerika," kata Dubes Brazil, Carlos Martins Ceglia. 

"Bersama-sama dengan acara-acara lain, seperti Festival Latin Amerika ke-10 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini pada bulan September, di mana kita mempamerkan muzik, tarian dan kuliner kita, kami harap LAFF akan membuat rakyat Malaysia merasa sedikit lebih dekat dengan Amerika Latin dan bahkan tertarik untuk melawat negara kita," tambahnya lagi. 

Pilihan menakjubkan tahun ini terdiri daripada pelbagai jenis genre, topik dan gaya seperti romantik, komedi, drama, animasi, dokumentari dan thriller, memberikan peminat filem peluang unik untuk melibatkan diri dalam budaya Amerika Latin dan Caribbean yang kaya dan bahasa - Sepanyol dan Portugis. 

Festival ini juga bertujuan untuk membolehkan penonton belajar dan meneroka dunia menerusi penggambaran pelbagai budaya dan aspek sosial dan kepelbagaian tema yang dibentangkan dalam filem ini. 

Pesta ini bakal dirasmikan pada hari Rabu 7 November dan tayangan umum filem bermula dari Khamis 8 hingga Ahad 11 November di waktu berikut: 
  • Khamis, 8 Nov - 7 malam dan 9 malam 
  • Jumaat, 9 Nov - 7 malam dan 9 malam 
  • Sabtu, Nov 10 - 3 petang, 5 petang dan 8 malam 
  • Ahad, Nov 11 - 3 petang dan 5.15 petang 
Festival ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. 


Jadual tayangan yang dikemas kini, sinopsis dan maklumat lanjut boleh didapati di www.gsc.com.my & www.facebook.com/LatinAmericanFilmFestivalInMalaysia

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN