VISA DAN AKPK LANCAR IKHTIAR “URUS WANG ANDA DENGAN BIJAK”



Sempena Hari Menabung Sedunia di Malaysia yang jatuh pada tanggal 31 Oktober, Visa and Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah berganding tenaga untuk melancarkan ikhtiar Treat Your Money Right (Urus Wang Anda Dengan Bijak). Matlamat utama ikhtiar ini adalah untuk mendorong  amalan menabung untuk masa depan. Hasil sebuah tinjau selidik yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan walaupun kebanyakan rakyat Malaysia menyedari akan kepentingan menabung, mereka masih menghadapi kesukaran untuk menguruskan kewangan mereka.


Didapati 53 peratus daripada rakyat Malaysia menabung sebagai persiapan untuk masa depan mereka. Bagaimanapun, 22 peratus daripada mereka tidak memantau tabungan dan perbelanjaan masing-masing, dan 24 peratus tidak langsung membuat bajet atau rekod kewangan.

Antara maklumat menarik lain yang didedahkan melalui tinjau selidik tentang amalan pengurusan kewangan rakyat Malaysia adalah:
     Enam puluh peratus menyimpan jumlah wang secukupnya untuk memenuhi keperluan asas mereka.
     Enam puluh tujuh peratus menganggap menabung untuk kecemasan sebagai dorongan utama mereka.
     Empat puluh lima peratus mendapati sukar untuk menabung
     Lima puluh empat peratus cuba menderma seberapa banyak wang yang mungkin untuk tujuan murni dan pelaburan sosial.

Tinjau selidik ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia perlu memahami gaya pengurusan wang masing-masing. Laman web Treat Your Money Right www.treatyourmoneyright.com menyediakan kuiz interaktif untuk membolehkan peserta mengetahui amalan pengurusan wang mereka selain menyediakan beberapa sumber pengurusan wang yang berguna.

Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia

Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia berkata: “Kerjasama dengan AKPK untuk melancarkan ikhtiar Treat Your Money Right sempena Hari Menabung Sedunia sememangnya wajar, kerana kajian kami mendapati sebilangan besar rakyat Malaysia masih perlu memperbaiki teknik peruntukan belanja dan tabungan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu memahami betapa pentingnya pengurusan wang yang berkesan. Ilmu sememangnya amat berguna dan dengan mengenali gaya pengurusan wang peribadi, anda boleh membuat keputusan lebih teliti untuk menabung dan berbelanja mengikut kemampuan anda. Kami percaya seluruh rakyat Malaysia perlu belajar menguruskan kewangan bagi merancang dan membuat persiapan bagi pelbagai peringkat hidup supaya mereka dapat membina masa depan yang lebih cerah.”


Kuiz ini membahagikan peserta kepada empat jenis personaliti berbeza berasaskan gaya pengurusan wang masing-masing. Kumpulan pertama ialah ‘Ringgit Sayang’, yang memang mengerti kepentingan merancang dan menabung. Jenis kedua digelar ‘Raja Borong’. Mereka membelanjakan wang tanpa menjejak kewangan masing-masing. Jenis ketiga dikenali sebagai ‘Bos Tak Layan’, yang merujuk kepada orang yang menabung seberapa banyak wang yang mungkin tetapi mengelakkan diri daripada merancang atau menyediakan bajet. Jenis terakhir ialah ‘Tak Mau Sen’, yang menganggap wang bukan benda paling penting dalam hidup.

En. Azman Hasim, Pengurus Besar AKPK, Bahagian Operasi.

“Matlamat kami adalah untuk menggalakkan seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menyemai minat untuk merancang kewangan dan tidak semata-mata memberi tumpuan kepada tabungan,” kata En. Azman Hasim, Pengurus Besar AKPK, Bahagian Operasi. “Langkah pertama untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu perkara, terutamanya berkaitan dengan wang, adalah dengan mencabar diri anda.”

Lapan tokoh media sosial berpengaruh telah dipilih untuk mengendalikan pertandingan Facebook sebagai sebahagian daripada ikhtiar Treat Your Money Right. Mereka adalah Hannah Tan, Asma' Nasa, Careen Tan, Harith Zazman, Joseph Germani, Kuah Jenhan, Affendy Jailani dan Suraya Zainuddin.

Pertandingan ini mencabar para peserta untuk mengambil kuiz “Apakah personaliti pengurusan kewangan anda?” dan berkongsi nasihat penabungan dan juga kisah peribadi yang menerangkan personaliti pengurusan kewangan mereka. 

Lapan tokoh media sosial berpengaruh ini akan menjadi pengadil dan memilih ulasan dan petua tabungan kesukaan mereka.

Pertandingan Facebook ini akan bermula pada 30 Oktober dan berakhir pada 14 November. Peserta berpeluang memenangi wang tunai RM5,000 dan 8 Apple Watch Series 3 serta hadiah-hadiah lain sambil mereka mengasah kemahiran pengurusan wang masing-masing.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!