AXA AFFIN LANCAR PROGRAM GANJARAN “STEP IT UP”



Malaysia telah dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara.  Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital pada usia 18 – 40 tahun telah berganda dalam tempoh 4 tahun dengan 34% daripada kumpulan usia tersebut disahkan mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Menyedari hakikat ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AALI) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Step It Up demi negara yang lebih sihat dan cergas. Step It Up ialah program kesejahteraan yang memperkasakan dan memberi insentif kepada rakyat Malaysia agar mengambil langkah proaktif untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Program Step It Up merangkumi tiga tunggak utama – tetapkan matlamat kecergasan yang anda inginkan, capai sasaran anda dan nikmati ganjarannya. Matlamat kecergasan dibahagikan kepada 2 peringkat – sasaran 6,000-langkah atau 10,000-langkah secara purata setiap hari yang boleh dicapai menerusi pelbagai pilihan aktiviti termasuk berlari, berjalan kaki, menyusuri denai dan bentuk senaman lain yang serupa. Apabila pelanggan telah mencapai matlamat kecergasan yang diingini sepanjang bulan, mereka boleh menikmati rebat premium sehingga 24% daripada premium tahunan bagi tahun pertama. Pelanggan juga boleh menikmati ganjaran gaya hidup sihat mereka dengan mendapatkan diskaun keahlian gimnasium, peranti kecergasan boleh dipakai, pakaian kecergasan, makanan sihat, pemeriksaan kesihatan, tiket wayang dan sebagainya. 

Step It Up akan dibuka terlebih dahulu kepada pelanggan yang membeli produk AXA Wealth Series dengan Hope Medic 2 Rider dari sekarang sehingga 31 Disember 2018. Pelanggan akan menjejak langkah mereka menerusi BookDoc – platform ganjaran kesihatan yang akan memberi insentif kepada pelanggan yang menjaga kesihatan dan memberikan akses untuk mencari dan membuat temu janji dengan doktor pakar. Aplikasi mudah alih ini juga serasi dengan pelbagai jenis peranti kecergasan boleh dipakai dan boleh dimuat turun dari Apple Store dan juga Google Play Store. 

“Dalam usaha kami berkembang maju untuk menjadi rakan Kesihatan & Perlindungan pilihan utama Malaysia, AXA AFFIN berhasrat menyediakan ekosistem kesihatan unik yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk membudayakan senaman dan kekal aktif. Step It Up adalah sejajar dengan wawasan kami untuk mengubah hubungan dengan pelanggan dari pembayar premium kepada rakan kerjasama untuk mendorong mereka berusaha menjaga kesihatan menerusi pencegahan penyakit sepanjang masa. Kami memberi insentif bagi amalan yang sihat, memberi ganjaran bermakna kepada mereka kerana mengambil langkah berterusan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka,” kata En. Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Bhd.

Dalam tempoh sepuluh tahun antara 2005 - 2015, bilangan rakyat Malaysia yang mengalami Penyakit Tidak Berjangkit (“NCD”) meningkat 232%. Pada 2016, 73% daripada jumlah kematian disebabkan oleh NCD, dan separuh angka tersebut disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

“Berasaskan statistik yang membimbangkan dan kemerosotan tahap kesihatan di negara ini, kami komited untuk mendorong dan menggalakkan para pelanggan kami agar mengamalkan gaya hidup sihat. Semua usaha ini tertumpu kepada manfaat hidup. Memang telah terbukti secara saintifik berulang-ulang kali dan juga berasaskan pengalaman saya sebagai pelari aktif bahawa badan yang sihat dan cergas membentuk minda yang jelas dan cerdas, yang seterusnya meningkatkan tumpuan dan prestasi dan membolehkan seseorang membuat keputusan lebih baik. Sesungguhnya kebahagiaan hidup dan kesihatan ialah aset kekayaan paling penting bagi pelanggan. Langkah yang sihat akan menghasilkan penjimatan jangka panjang dari segi kos penjagaan kesihatan”, kata Cik. GG Kam, Ketua Pegawai Customer Experience, AXA AFFIN Life Insurance Bhd.


Untuk maklumat lanjut mengenai Step It Up, layari www.axa.com.my atau hubungi ejen AALI terdekat anda. 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO