TEROKAI VIETNAM DENGAN 2 JUTA TIKET PROMOSI VIETJET



Sempena musim cuti akhir tahun yang akan datang, Vietjet menawarkan dua juta tiket promosi yang berharga daripada MYR0 (*) sahaja untuk tempoh tiga hari sahaja dari 24 - 26 Oktober 2018. Tiket promosi ini boleh digunakan untuk semua laluan penerbangan domestik Vietjet bagi perjalanan yang bermula dari 15 November 2018 sehingga 30 Mac 2019.

Tiket promosi ini boleh ditempah semasa waktu promosi Vietjet dari jam 1.00 petang hingga 3.00 petang melalui www.vietjetair.com (juga bersesuaian dengan telefon pintar di https://m.vietjetair.com) atau www.facebook.com/vietjetvietnam (klik sahaja "Tempahan" tab).

Sejak mulanya perkhidmatan penerbangan pada tahun 2011, Vietjet kini mengendalikan rangkaian yang meluas di seluruh Vietnam dan Asia. Kini Vietjet menawarkan 38 laluan domestik ke 17 destinasi di Vietnam termasuk destinasi popular seperti Ho Chi Minh City, Hanoi dan Nha Trang, serta tempat-tempat yang jarang dikunjungi seperti Buon Ma Thuot, Hai Phong, Hue dan Quy Nhon.

Luaskan pandangan anda dan terokailah destinasi-destinasi Vietnam yang kurang dikenali untuk pengalaman percutian yang benar-benar unik. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda tambahkan ke dalam jadual percutian adalah sesi menikmati kopi aromatik di Buon Ma Thuot, penerokaan kota Hue Imperial dengan berbasikal atau aktiviti bersantai di pantai Quy Nhon.

Untuk perkembangan terbaru Vietjet, sila ikuti www.facebook.com/VietjetMalaysia

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM