“KEGILAAN” MEMBELI-BELAH 11:11 SUDAH BERMULA DI 11STREET
Waktu kegemaran ramai telah tiba dan ia bukanlah sambutan perayaan seperti yang anda jangkakan. Malah, ia suatu yang lebih besar, lebih baik dan luar jangka disediakan sempena fenomena beli-belah seluruh dunia, 11:11.
Bagi memenuhi kehendak 15.2 juta pelanggan dalam talian di Malaysia, 11street, salah satu pasaran dalam talian terkemuka di negara ini, menyediakan pelbagai tawaran dan promosi menarik untuk semua.
11street akan memulakan ‘kegilaan’ tersebut dengan Madness Category Sales dari Oktober 29 hingga November 10, dimana pelanggan boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan pada harga yang mengejutkan. Sepanjang tempoh ini, barangan-barangan daripada kategori seperti Teknologi (peranti mudah alih, IT, barangan elektronik), Kecantikan (kesihatan dan kecantikan, fesyen), Keluarga (barangan runcit, bayi dan kanak-kanak, kediaman dan kehidupan) serta Gaya Hidup (eBaucar, buku, sukan, hobi & hadiah) ditawarkan pada harga rendah yang luar biasa.
“Semua orang menggemari diskaun, khususnya kerana dengan penurunan besar, maka penjimatan juga lebih besar! Kempen Shopping Madness 11 memberikan kami lebih banyak sebab untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan 11street dan sebagai langkah syarikat dalam menghargai sokongan teguh yang diberikan mereka selama ini. Ramai mungkin beranggapan kami ‘gila’ apabila melihatkan promosi-promosi luar biasa yang ditawarkan sepanjang kempen ini, tetapi ia tentunya bukanlah Shopping Madness 11 jika kami tidak menyediakan tawaran yang akan menarik pembeli,” kata Ketua Pegawai Eksekutif 11street, CHEONG Chia Chou.
Tempoh kemuncak kempen ini adalah pada Madness Heaven, dari Novmber 11 hingga November 14 ini. Pada ketika ini, 11street akan mengejutkan para pembeli dengan diskaun produk sehingga 90%, jualan kilat yang mengujakan serta tawaran-tawaran di bawah RM11.
‘Kegilaan’ ini tidak terhenti di situ! Sebagai langkah untuk menghargai para pelanggan setia, 11street akan melanjutkan tempoh jualan The Madness Continues untuk produk-produk terpilih yang ditawarkan pada harga amat kompetitif.
CHEONG menambah, “Kami sedar bahawa akhir tahun merupakan tempoh kebanyakan rakyat Malaysia akan berbelanja lebih memandangkan musim perayaan bakal tiba. Peka akan perkara tersebut, kami memutuskan untuk menganjurkan sebuah kempen selama sebulan untuk mengurangkan sebahagian daripada beban yang ditanggung pelanggan dan membawakan semula elemen keseronokan dalam membeli-belah.”
Selain perkhidmatan penghantaran percuma yang ditawarkan jenama-jenama terpilih, pelanggan yang menginginkan harga yang lebih rendah juga perlu menumpukan pada promosi Shocking Deals dan Shocking Deals Plus yang pastinya mengagumkan anda.
Mengekalkan pada tema ‘kegilaan’, 11street turut menawarkan tawaran berkas atau bundle dan jualan kilat yang menarik, sehingga lima (5) sesi sehari, meningkatkan peluang pelanggan untuk mendapatkan barangan yang mereka paling kehendaki!
Sepanjang kempen ini, para pelanggan akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian, khususnya 888 Tea & Coffee, Axxel Marketing, Century Battery, Chek Hup Ipoh White Coffee, Chicco, Dale & Cecil, Dettol, Durex, Enfagrow, Eu Yan Sang, Eucerin, Fujifilm, Gintell, Gitaloha Music, Jeoel, Kinohimitsu, Laneige, MamyPoko, Music World, Nestle, Nivea, Oppo, Pentoli, PBH eStore, Pediasure, Pokka, RB Home Care, Samsung, SilkyTrend, Skechers, Soon Thye Hang, Super Malaysia, Sustagen, Tesco, Tradeshoppe, Tronsmart, Unilever, Vivo dan Watsons.
Sebagai tanda penghargaan, pelanggan yang berbelanja di platform 11street sepanjang tempoh promosi ini juga berpeluang menikmati sajian makan malam bersama pengaruh media sosial tempatan, disediakan oleh 11street. Dapatkan maklumat lanjut di profil 11street di Facebook.
Orang ramai kini dapat menikmati kempen Shopping Madness 11 dengan melayari laman https://promotion.11street.my/madness-campaign. Pelanggan juga dapat memuat turun aplikasi 11street.my menerusi iOS dan Google Play Store.
Comments
Post a Comment