MISSION FOODS LANCAR KEMPEN "FOLDOVER YOUR LEFTOVERS"



Rakyat Malaysia sememangnya gemar makan dan ianya bukanlah satu rahsialagi, tetapi adakah anda tahu bahawa kita membazir sekitar 15,000 tan makanan setiap hari? Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 20 peratus daripada jumlah ini atau 3,000 tan adalah lebihan makanan yang tidak disentuh dan masih boleh dimakan. Jumlah ini cukup untuk 5.3 juta orang untuk mendapat 3 hidangan setiap hari!

Sempena Hari Makanan Sedunia tahun ini pada 16 Oktober, Mission Foods berganding bahu bersama Cef Selebriti Sarah Benjamin memulakan kempen ‘Foldover Your Leftovers’.

Kempen ini mengulangi pesanan lama ‘Jangan Membazir’ dan bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai idea-idea yang baik menguruskan lebihan makanan menjadi makanan baharu yang lazat.

Sarah, yang sebelum ini memasak di rangkaian Asia Food Channel, akan mengetuai kempen Mission Foods Malaysia ini dengan berkongsi resipi dan idea-idea menerusi media sosial, hebahan awam (Public Service Announcement, PSA) dan juga buku resipi yang boleh didapati di pasaraya terpilih dengan setiap pembelian produk Mission Foods.

Sarah akan menggunakan wraps, naan dan pita dari Mission Foods sebagai ‘kanvas’ yang sempurna untuk menghasilkan makanan baharu yang berbeza dan pelbagai daripada lebihan makanan harian seperti kari, sate dan nasi ayam.

“Masalah kebuluran harus ditangani dan ianya bermula daripada kita. Melalui kempen ini, kami ingin menunjukkan betapa mudahnya menggunakan semula lebihan makanan dengan menggunakan produk kami. Memanfaatkan lebihan makanan merupaka perkara yang paling mudah dilakukan dan untuk tempoh jangka panjang ia secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan setiap isi rumah,” kata Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan.

Pendekatan Sarah kepada makanan tempatan telah menarik perhatian Mission Foods. Randall memberitahu “Untuk kempen ini kami ingin bekerjasama dengan seseorang yang mempunyai pemikiran yang sama dan Sarah dengan keyakinan beliau serta pendekatan yang mesra pengguna menyempurnakan lagi kempen ini.”

Pada pelancaran kempen tersebut, Sarah menunjukkan bagaimana kari yang ringkas boleh dijadikan ‘Foldover Kari Ayam dengan Sayuran dan Herba’ yang lazat. Sarah hanya menggunakan lebihan kari ayam dan kentang, dicampur dengan sayur-sayuran musim panas seperti zucchini, jagung dan herba segar untuk rasa yang lebih enak. Ini digunakan sebagai inti untuk foldover atau lipatan yang disalut dengan keju mozzarella.

Untuk menggunakan semula lebihan sate, Sarah mencipta hummus kacang daripada adunan kuah kacang bersama kacang kuda. Hummus diratakan ke dalam belahan pita sebelum potongan sate ditambah dan kemudian dilengkapkan lagi dengan salad timun herba dan dihiasi dengan jeruk bawang.

Dengan resipi-resipi ini, Sarah mahu menggalakkan lebih ramai masyarakat menjadi wira #ZeroWaste. “Menjadi kreatif dan berfikiran terbuka dengan lebihan makanan membolehkan kita menyediakan hidangan baru yang luar biasa,” kata Sarah sambil menutup sesi tersebut dengan ‘Wraps Nasi Ayam Berempah Szechuan bersama Sos Halia Pedas dan Daun Bawang’ daripada lebihan nasi ayam.

Sarah telah menghasilkan 12 resipi menarik daripada lebihan makanan yang boleh didapati dalam buku resipi edisi terhad yang diberikan secara percuma dengan setiap pembelian dua produk Mission Foods dari pasaraya yang mengambil bahagian mulai November ini.

Sekiranya selepas ini anda mempunyai lebihan makanan, jangan buang. Mulakan #FoldoverYourLeftovers.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"