KERJASAMA SHOPEE DAN KLFW MEMACU MASA DEPAN FESYEN
Sama ada memilih kain atau jahitan belakang, tepi, menenun, menyulam dan menghias, masa depan fesyen didorong oleh Internet Untuk Segala-galanya (IoT). Meskipun gangguan digital telah memberi impak songsang kepada sesetengah industri, industri fesyen sama seperti teknologi; dinamik, progresif dan sentiasa berubah.
Pada tahun 2018, e-dagang berada pada kedudukan utama era digital. Perkembangaan e-dagang di rantau Asia Pasifik tidak boleh dielak, maka memetik pepatah popular, “Jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, sertailah mereka”.
Minggu Fesyen
Kuala Lumpur (KLFW) terus menyediakan landasan buat pereka tempatan baharu, organisasi
itu sentiasa memberi peluang untuk mendorong para pereka ke luar daripada pentas.
Dalam usaha itu, KLFW dan Shopee, platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan
Taiwan mengumumkan usaha sama pada Ogos 2018 yang bakal memberi peluang kepada
para alumni KLFW.
Antara sokongan yang
diberi termasuk:
● Membantu pereka memulakan kedai rasmi di Shopee
dengan pengurus akaun khusus untuk memantau inventori berkaitan dengan kedai
pereka;
● Menjalankan perancangan pelajaran
modul e-dagang khas dikendalikan oleh kakitangan Shopee;
● Mengadakan kempen bertemakan fesyen, secara dalam talian dan luar
talian untuk mempamerkan produk pereka dengan lebih luas dalam pasaran massa.
Menerusi usaha
ini, Shopee berharap untuk menyediakan pereka dengan alat dan pengetahuan yang
diperlukan untuk menperluaskan capaian pelanggan mereka serta memberi bimbingan
bagi memastikan jenama dalam talian mereka mampan dan berjaya.
Contoh daripada
usaha ini dapat dilihat pada Malam Pertunjukan
Shopee 11.11 yang dianjurkan untuk
membolehkan pereka yang telah menyertai platform Shopee untuk mempamerkan
koleksi sedia dipakai (Ready-to-Wear) mereka sekali lagi, pasca-KLFW 2018. Pertunjukan
fesyen yang diadakan di Lot 10 menyaksikan Zero
to Ten, Supercrew, Justin Chew, Tarik Jeans, Poplook, Maglifestyle, Thavia, Projek Jahat dan Jubahsouq. Turut menyertai kemeriahan
ialah Zoey Rahman, ahli Skuad Selebriti Shopee dengan jenamanya MIKASERIES yang menerima reaksi positif
daripada para penonton.
Malam Pertunjukan itu
diadakan sebagai acara kemuncak bagi majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale, dan
peluang untuk melihat koleksi hebat yang akan ditampilkan sewaktu kempen. Dikenali
sebagai pesta membeli-belah yang terhebat tahun ini, peminat Shopee dan fesyen
boleh menjangka kedatangan hari membeli-belah popular bertema, sehingga RM1.1
juta syiling Goncang Shopee dan hadiah serta tawaran serendah RM1.10 dengan
penghantaran percuma pada RM11 bermula 25 Oktober sehingga 11 November. Bagi
mendapatkan tawaran fesyen terbaik, jang lupa nantikan Hari Fesyen 11.11 pada 5
November.
Mengulas tentang
inisiaitf itu, Andrew Tan, Pengasas Minggu
Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), “Kami baru sahaja menyambut ulang tahun KLFW
keenam, dan untuk terus memenuhi permintaan pasaran, kami harus meluaskan persepsi
dan menyediakan pereka tempatan dengan peluang-peluang bagi membantu bisnes mereka
menjadi mampan. Ia amat penting bahawa langkah seterusnya bagi kami adalah
bersama pasaran dalam talian seperti Shopee. Pada dasarnya, bekerjasama dengan pemain
e-dagang akan membantu meningkatkan kredibiliti dan jenama pereka kerana tidak
ada batasan geografi dalam talian – anda boleh menarik pembeli bukan sahaja
dari Lembah Klang, malah di seluruh negara dan juga di luar negara. Shopee telah
berkembang pantas sejak beberapa tahun lalu dengan 12 juta pengguna pada
platform itu. Ini juga bermakna 12 juta pelanggan berpotensi buat pereka kami”.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho merumuskan dengan berkata, “Shopee dalah satu platform untuk semua seiring
dengan usaha memenuhi pasaran yang meluas, kami juga berhasrat untuk menawarkan
fesyen khusus untuk setiap segmen pasaran. Dengan pangkalan pengguna kami yang
semakin berkembang, kami mendapati permintaan semakin meningkat untuk kandungan
fesyen yang diinspirasi oleh pereka. Oleh itu, kami memberi membalas kepada
permintaan pelanggan-pelanggan kami melalui kerjasama kami dengan KLFW. Kerjasama
ini saling menguntungkan kepada kedua-dua pereka dan pengguna dalam meneroka
apa yang mereka cari".
Comments
Post a Comment