JAMBATAN HONG KONG-ZHUHAI-MACAO KINI DIBUKA

Hong Kong Link Road - Jejambat di Terowong Lapangan Terbang 

Jambatan dan Terowong Laut terpanjang di dunia - Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao - dibuka hari ini, akan memberikan rangsangan utama kepada industri pelancongan serantau. Jambatan ini menghubungkan Hong Kong ke bandar-bandar di seluruh kawasan Greater Bay di selatan China, menjadikan tarikan di Macao dan Guangdong mudah diakses. Ia juga menjadikan Hong Kong sebagai hab pelancongan bagi pelancong dari seluruh dunia menerokai kawasan yang berbeza-beza dan menarik di rantau ini. 

Satu Rekod Ikon Seni Bina  
Jambatan ini merupakan jalan gabungan utama dan terowong laut pertama di kawasan Greater Bay, yang merentasi laut dari sebuah pulau buatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ke Macao dan Bandar Zhuhai di tanah besar China. Jambatan sepanjang 55 km ini adalah 20 kali lebih panjang daripada Jambatan Golden Gate San Francisco. 

Hong Kong Link Road – Jejambat di Perairan Barat 

Jambatan ini menggunakan keluli yang cukup untuk membina 60 Menara Eiffel dan direka khas untuk digunakan selama 120 tahun, dua dekad lebih lama daripada jangka hayat kebanyakan jambatan yang merentasi laut. Projek mega ini akan menjadi satu tanda ikonik untuk Hong Kong dan kawasan Greater Bay yang telah dinamakan oleh Guardian sebagai salah satu seni bina Tujuh Keajaiban Dunia Moden. 

Menyambungkan Hong Kong ke Pelbagai Destinasi Jambatan ini akan mengabungkan kedudukan Hong Kong sebagai hab untuk pelbagai destinasi perjalanan   di kawasan Greater Bay, yang merangkumi sembilan bandar di Wilayah Guangdong dan dua Kawasan Pentadbiran Khas. Ia memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ke Zhuhai dari empat jam hingga hanya 45 minit. 

Pemandangan Hong Kong Link Road dan Jambatan Utama dari Pulau Lantau 

Sebuah Pelabuhan Persinggahan Pertama Yang Mengembirakan Pelabuhan pertama untuk pelancong yang menggunakan jambatan baharu adalah Pulau Lantau di Hong Kong, rumah untuk lapangan terbang antarabangsa dan Disneyland juga destinasi menarik yang indah. Pengunjung boleh menaiki kereta kabel Ngong Ping 360 yang terkenal ke patung Big Buddha dan Bi Lin Po Lin dan berjalan-jalan di Jalan Wisdom,  menjejaki kedamaian dan kerohanian yang memaparkan tiang kayu yang diukir. 

Untuk pengalaman kebudayaan yang autentik, para pegunjung boleh melawati Desa O Fishing Tai dengan rumah yang mempunyai cir-ciri yang tersendiri. Jambatan ini dapat dilihat dengan jelas semasa perjalanan bot dari Tung Chung ke Tai O atau dengan menaiki kereta kabel. 

Jejambat yang menhubungkan Jambatan Utama HZMB di sempadan HKSAR 

Terokai Wilayah Keajaiban Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau menempatkan pelbagai tarikan kebudayaan yang pelbagai di Macao dan Guangdong yang mudah diakses dari Hong Kong, termasuk runtuhan St Paul's di Macao, Patung Fisher Girl di Zhuhai, Kaiping Diaolou, Seven Star Crags di Zhaoqing dan banyak lagi. Perjalanan pengunjung ke pelbagai destinasi  di Hong Kong dan tarikan yang terdapat di kawasan Great Bay kini lebih mudah dengan hanya satu perjalanan ke pelbagai destinasi. 

Perkhidmatan bas rentas sempadan yang cepat dan mudah tersedia untuk mengambil pengunjung  perintis di jambatan baharu yang ikonik antara Hong Kong, Macau dan Zhuhai. Hubungi ejen perjalanan anda untuk merancang lawatan anda ke kawasan Greater Bay hari ini. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan jambatan ini, lawati http://www.hzmb.hk/eng/index.html. 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA