SHOPEE PEROLEHI HAK EKSKLUSIF BAGI REALME 2 PRO
Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini dengan Realme, jenama telefon mudah alih baharu yang menggemparkan pasaran di seluruh Asia.
Kerjasama ini memberi Shopee hak eksklusif ke atas telefon terulung Realme, iaitu Realme 2 Pro, di Malaysia. Siri Realme 2 yang berjaya memecahkan rekod telah dilancarkan buat julung kali di India, dengan 200,000 unit dijual dalam masa hanya 5 minit. Dalam usaha mencapai kejayaan yang setanding di Malaysia, Realme telah memilih Shopee sebagai rakan eksklusif untuk melancarkan telefon terutamanya, Realme 2 Pro di Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), pesta beli-belah dalam talian hujung tahun nombor satu di rantau ini.
“Kami amat
teruja kerana jenama baharu serba hebat seperti Realme telah membuat keputusan
untuk bekerjasama dengan kami untuk dilancarkan di pasaran Malaysia.
Sememangnya jenama ini muda, bergaya dan menjanjikan prestasi mantap pada harga
yang termampu. Tambahan lagi, kami memberikan komitmen yang sama untuk menyediakan
kualiti dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Hanya menerusi kerjasama
seperti ini hakikatnya kami dapat mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform
e-dagang terutama di Malaysia, kerana tanpa sokongan rakan-rakan niaga kami
yang setia, kami tidak mungkin mencapai kedudukan kami sekarang,” kata Calvin
Teng, Pengurus Kategori di Shopee Malaysia.
Realme ialah
pengeluar telefon pintar serba boleh terbaik, menggabungkan reka bentuk bergaya
dengan tahap ketermampuan yang menarik. Dengan generasi milenial sebagai
sasaran, jenama ini direka untuk golongan muda dan berhati muda yang
bercita-cita tinggi. Sebagai peserta yang baru menceburi pasaran Malaysia,
Realme berbangga untuk menjadi sebuah jenama muda.
Tiffany
Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia berkata, “Kerjasama kami dengan Shopee benar-benar
menghidupkan nilai teras Realme. Kami memang merupakan sebuah syarikat muda dan
kami berbangga untuk menjadi peserta baharu. Shopee baru terlibat dalam
perniagaan e-dagang selama 3 tahun tetapi dalam tempoh tersebut ia telah
berkembang menjadi salah satu platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan
Taiwan; mengatasi penanda aras dan jangkaan semua. Kami yakin bahawa kerjasama
eksklusif Realme 2 Pro dengan Shopee akan membolehkan jenama ini mencapai dan menyerlahkan
potensinya.”
Produk terulung
Realme untuk golongan belia, Realme 2 Pro, akan dijual secara eksklusif di Shopee 11.11 Big Sale. Telefon hebat ini menampilkan skrin penuh titisan
embun 6.3-inci dan dipacu oleh pemproses Snapdragon 660AIE, dengan memori
sehingga 8GB RAM+128GB ROM. Harga dan butiran lanjut akan didedahkan di majlis
pelancaran pada 7 November.
Layari https://shopee.com.my/realme.os untuk maklumat lanjut. Muat turun
Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.
Comments
Post a Comment