ULASAN FILEM: GOL & GINCU VOL.2 KETENGAH ISU-ISU KAUM HAWA



Zak dan Yaya dua orang pelajar universiti yang memiliki nama yang sama iaitu Zakiah tetapi perangai mereka yang bertentangan akhirnya telah mencetuskan pergaduhan di antara mereka berdua.
Apabila pergaduhan di khalayak ramai itu menjadi tular di media sosial, pihak pengurusan universiti mengenakan tindakan disiplin ke atas mereka sebagai teladan kepada pelajar lain.

Mereka kemudian memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie (Sharifah Amani) menyangka yang ia hanya kerja mudah. Sangkaan mereka meleset apabila berlaku sebaliknya.


Gol & Gincu (2005) merupakan filem yang berjaya mengetengahkan daya saing wanita sehebat kaum lelaki dalam sukan juga kehidupan harian dan cukup berani membawa isu-isu sensitif yang dialami kaum hawa yang cukup releven diwaktu itu.

Perlu ditekankan filem ini bukan sekuel walaupun terdapat "Vol 2" pada tajuknya. Gol & Gincu kali ini mengambil pendekatan berbeza sesuai dengan peredaran zaman.


Paling menonjol ialah penulis Rafidah Abdullah dan olahan semula Nadia Khan, mengetepikan elemen perebutan cinta yang menjadi plot utama dalam filem pertama.

Media sosial memain peranan dalam kehidupan remaja kali ini dan watak-watak membawang diberi kepada 3 lelaki lakonan Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir yang menjadi wartawan majalah universiti yang sering menyebar berita sensasi sehingga menyusahkan para pelajarnya. Sebenarnya kalau watak mereka tak wujud langsung pun ia tidak mengganggu penceritaan.


Pujian tertinggi harus diberi pada Diana Danielle dan Ummi Nazeera yang punyai karakter berbeza jika dibandingkan dengan watak Fazura dan Sazzy Falak.

Jurang perbezaan Zak dan Yaya amat jauh berbeza untuk mereka memahami sesama sendiri dalam bentuk komedi mahupun drama. Paling penting Diana dan Ummi tidak annoying seperti watak pergaduhan remaja dalam filem lain.

Kebencian antara mereka jelas dan cara untuk mengetepikan perbalahan dan berjuang untuk tujuan yang sama, tidak melerek dan berceramah panjang macam filem Melayu lain. Bagaimana mereka sedar dan menunjukkan siapa lebih mementingkan diri dilakonkan dengan sangat berkesan membuatkan penonton sama-sama merasai pergolakkan jiwa mereka dan rasa tanggungjawab terhadap rakan-rakan rumah remaja bermasalah.


Namun, filem ini tiba-tiba hilang fokus dipertengahan jalan apabila melupakan terus elemen futsal yang menjadi tunjang penceritaan tanpa sedikit pun cuba memberi penutup.

Memang dengan menukar klimaks filem dengan ending yang sangat feminin sesuai dengan semangat woman empowerment tahun 2018 tetapi perlu diingat tajuk filem ini masih ada perkataan "Gol" di dalamnya.

Saksikan Gol & Gincu Vol.2 di pawagam berhampiran anda mulai 25 Oktober 2018 edaran Red Films Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!