ASTRO CIPTA REKOD BINA HIASAN KOLAM DEEPAVALI TERBESAR

 

Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, saluran Astro Seithigal telah memecah rekod membina hiasan tradisi perayaan itu iaitu kolam terbesar di Malaysia.

Pencapaian itu menjadikan usaha itu layak dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai "Seni Potret Terbesar diperbuat daripada Bijian Berwarna." Sijil anugerah disampaikan oleh wakil dari Malaysia Book of Records kepada Naib Presiden Kanan Astro, Perniagaan Pelanggan India, Dr C. Rajamani hari ini.



Kolam berkenaan direka dengan wajah seorang wanita yang memegang lampu minyak. Ia juga akan dipamerkan di IOI City Mall, Putrajaya bermula hari ini sehingga 2 Nov. 

Menggunakan 20 orang tenaga kerja, kolam berukuran 487.7 meter persegi itu mengambil masa 10 jam untuk disiapkan. Pada majlis yang sama, Astro Seithigal mengumumkan perlancaran dokumentari yang berdurasi 60 minit mengenai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk Maha Sarithiram. 

Dokumentari ini akan menampilkan kehidupan Dr Mahathir terkini dan perjalanannya sebagai seorang lelaki dan ahli politik keluarga. Maha Sarithiram akan disiarkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina bermula Januari depan.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN