SINOPSIS DRAMA MELAYU NTV7 "RAHASIA KASIH"

“Remember, you are not my type!” Itulah cemuhan Isa Khan terhadap Nadia Brian, selepas mereka bertemu buat kali pertama di New Zealand. Ketika itu, Nadia sedang bekerja separuh masa di sebuah kafe dan tidak mempunyai perancangan untuk pulang ke tanah air buat sementara waktu. Itulah antara babak-babak menarik dalam drama taruhan baharu ntv7 berjudul Rahasia Kasih.
Bakal bersiaran
di kaca televisyen pada 30 Oktober ini, pelakon
jelita Nadia Brian telah
digandingkan dengan Isa Khan buat
julung kalinya untuk menjayakan watak Alina dan Nazmi. Pelakon hebat lain yang turut membintangi Rahasia Kasih drama arahan Jamal
Khan di bawah terbitan Suhan Movies
& Trading ini ialah Mathni
Razak, Ruzana Ibrahim, Syida Melvin, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Abby Nour dan
Catriona Ross.
Drama 20 episod ini mengisahkan latar belakang keluarga Nazmi (Isa Khan) iaitu anak tiri kepada Datuk
Ariffin (Hasnul Rahmat) yang telah
berkahwin dua secara diam-diam. Semua rahsianya terbongkar apabila Datuk
Ariffin meninggal dunia, lantas menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya,
Datin Syuhada (Wilma Muhammad) setelah
nama Nailis (Catriona Ross) selaku
isteri kedua dan anaknya Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk dilantik menjadi Ketua Pegawai
Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula menjadi penasihat.
Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama
Datuk Ariffin – Shahrul (Mathni Razak), Syaiful
(Hafiz Nolan), dan Suhaila (Abby Nour). Shahrul merupakan anak sulung Datin Syuhada dan dia
tidak begitu berminat dengan perniagaan keluarganya. Bukan itu sahaja, Shahrul
juga terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan ibunya iaitu Melinda (Ruzana Ibrahim), meskipun sudah
memiliki kekasih hati bernama Adeeba (Syida
Melvin).
Anak
perempuan mereka Suhaila sering membuat hal sendiri dan dia tidak sehaluan
dengan kakak iparnya Melinda. Syaiful pula disahkan menghidap penyakit bipolar
dan sering rasa diabai oleh keluarga sendiri. Hidup Syaiful mula berubah
menjadi lebih indah selepas dia berkenalan dan mula jatuh hati dengan Alina
yang akhirnya pulang ke Malaysia demi menyelesaikan sebuah misi.
Siapa sangka,
Alina (Nadia Brian) akan bertemu
dengan Nazmi sekali lagi selepas kembali di Malaysia, dan dia mula mempunyai
perasaan terhadap Nazmi. Konflik bertambah keruh apabila Nazmi telah jatuh hati
dengan bekas kekasih Shahrul iaitu Adeeba, serta hadirnya orang ketiga yang
sering menghasut dan ingin mengambil kesempatan untuk meretakkan lagi hubungan
keluarga ini.
Keadaan
menjadi semakin rumit, apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Alina akan
terus menaruh hati terhadap Nazmi, atau adakah Nazmi tetap akan bersama dengan
Adeeba?
Jangan lupa untuk saksikan drama Rahasia Kasih, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam, hanya di ntv7! Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram ntv iaitu @ntv7malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Jangan lupa untuk saksikan drama Rahasia Kasih, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam, hanya di ntv7! Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram ntv iaitu @ntv7malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Byk pelakon yg tak menarik dlm drama ini kecuali Nadia Brian, jadi malas nak menonton.
ReplyDelete