JOM MEMBELI-BELAH DENGAN PINTAR BERSAMA HUAWEI NOVA 3I



Diraikan pada 31 Oktober setiap tahun, Halloween adalah salah satu perayaan yang cukup terkenal di negara Barat. Dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak, Halloween telah menjadi suatu fenomena budaya, dengan makin banyak negara mengadaptasi perayaan tersebut dan mengasimilasikannya ke dalam budaya tempatan mereka. 

Setiap tahun, perayaan Halloween diwarnai dengan parti-parti kostum dan masquerade yang menjadi fokus utama generasi muda. Semasa Halloween, antara senario yang biasa dilihat adalah golongan kanak-kanak memakai kostum sambil melawat dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan ucapan“trick-or-treat”, di samping melihat labu-labu yang diukir dengan unik diletakkan di kawasan rumah. 

Untuk pasangan yang sedang hangat bercinta, perayaan Halloween boleh disambut dengan mengadakan “date-night” yang romantik dan unik, seiring dengan konsep perayaan tersebut. 

Pada kebiasaannya, perayaan Halloween memerlukan beberapa benda asas: gula-gula untuk diberi Kepada kanak-kanak semasa “trick-or-treat”, kostum untuk dipakai ke parti Halloween, dan aksesori-aksesori seperti lilin dan labu. Kepada yang kurang rajin, mendapatkan barang-barang yang dinyatakan sudah semestinya akan menjadi satu beban. 

Atau cuba bayangkan situasi di mana anda ternampak seseorang memakai aksesori atau kostum yang comel semasa membeli-belah. Anda mungkin mahu membeli aksesori tersebut tetapi malu untuk bercakap dengan orang tersebut. Dengan ciri membeli-belah “Smart AI Shopping” HUAWEI nova 3i, segala masalah tersebut dapat diselesaikan.


Dengan system EMUI 8.2, ciri “Smart AI Shopping” boleh membantu menyelesaikan masalah anda, terutamanya dengan tambahan butang AI recognition dalam kamera. Ia juga menyokong image recognition apabila menggunakan aplikasi third-party. HUAWEI nova 3i yang dikuasakan cip pemprosesan Kirin 970, yang terdiri daripada teras NPU, khusus untuk pengunaan AI. Ini menjadikan proses pemprosesan AI lebih pantas. 

Mari saya tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan ciri “Smart AI Shopping”.



Buka aplikasi foto dan tekan gambar yang dipilih selama 2 saat dan lepaskan. Apabila animasi gelembung kecil muncul di skrin (seperti ditunjukkan dalam gambar di atas), itu bermakna fungsi “Smart AI Shopping” telah diaktifkan. 

Setelah sistem mengenal pasti item di dalam gambar, anda dapat melihat bahawa gambar tersebut dikenalpasti dengan tepat. Di samping itu, anda juga dapat melihat item yang sama apabila anda swipe. Langkah yang seterusnya, anda cuma perlu klik pada itam yang anda mahukan dan begitu sahaja, anda boleh menikmati pengalaman yang pintar, cepat dan mudah. 

Jadikan ciri “Smart AI Shopping” HUAWEI nova 3i teman membeli-belah anda sekarang!

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI