PESTA BELI-BELAH "SHOPEE 11.11 BIG SALE" KINI BERMULA
Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, telah
melancarkan Shopee 11.11 Big Sale, pesta beli-belah dalam talian nombor
satu di rantau ini.
Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas, Shopee 11.11 Big Sale menjanjikan promosi yang lebih besar dan menarik
secara terus-menerus dari 25 Oktober hingga 11 November, termasuk tawaran tanpa
Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama-jenama terkemuka, anjuran
semula hari bertema kegemaran ramai dan juga tawaran syiling Shopee bernilai
RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan
hebat.
Sebagai acara yang menampilkan lebih 100 jenama dan 15,000 penjual, Shopee 11.11 Big Sale kini kembali dengan
tawaran lebih hebat dan menarik. Shopee juga telah berganding bahu dengan lebih
50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo,
Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST bagi lebih daripada 1,000 produk, lantas
membolehkan pengguna menambah penjimatan apabila membeli barangan kegemaran
mereka pada Singles’ Day (Hari
Bujang) dan musim beli-belah akhir tahun. Untuk memeterai kerjasama ini, Ian
Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, telah menandatangani memorandum persefahaman
dengan enam wakil jenama di majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale.
“Pengguna di seluruh rantau, termasuk Malaysia, kini menganggap Singles Day (Hari Bujang) sebagai tarikh
penting dalam kalendar beli-belah hujung tahun mereka. Shopee sedia menerajui
usaha ini, dengan menganjurkan acara 11.11 buat kali ketiga, yang bakal menjadi
acara 11.11 terbesar yang pernah kami anjurkan. Kami berbangga untuk berdiri teguh
bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale. Di samping itu,
kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga,
rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk
membawakan tawaran luar biasa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada
musim beli-belah hujung tahun ini,” kata
Ho.
Satu sebab penting kejayaan Shopee di rantau ini ialah pendekatan khusus
yang diambilnya untuk memenuhi keperluan dan pilihan pembeli dan penjual. Shopee 11.11 Big Sale meneruskan janji
ini sambil Shopee mengukuhkan kerjasama dengan selebriti dan jenama terkenal
Malaysia dan membawakan produk kegemaran terus kepada mereka. Di pelancaran umum
Shopee 11.11 Big Sale, Shopee bekerjasama
dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk membawakan acara Shopee 11.11 KLFW Runway Night (Malam Pertunjukan
Fesyen) untuk hadirinnya. Pertunjukan fesyen menarik ini membabitkan jenama
yang menyertai Shopee 11.11 Big Sale buat
pertama kali, termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES
oleh Zoey Rahman. Di samping itu, pengguna boleh menantikan pilihan tawaran
eksklusif selanjutnya daripada Shopee
Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) yang sangat popular semasa Shopee 11.11 Big Sale, mengetengahkan
jenama daripada bintang-bintang terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza,
Nora Danish and Izara Aishah.
Memandangkan aktiviti beli-belah dalam talian semakin menjadi lumrah hidup rakyat
Malaysia, jenama gaya hidup kini menjalin kerjasama eksklusif sempena Shopee 11.11 Big Sale. Shopee telah
meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri
seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan
banyak lagi pada 11.11.
Untuk memeriahkan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee 11.11 Big Sale bakal menganjurkan semula hari bertema yang popular.
Mulai 25 Oktober, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kempen harian selama tiga
minggu menjanjikan ciri-ciri yang ditambah baik dan pelbagai tawaran meliputi
semua kategori produk. Malah apa yang lebih menarik ialah jenama seperti Watsons,
Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi akan menawarkan
penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Para pembeli juga boleh
membeli beratus-ratus barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.
“Dengan pelbagai promosi tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang
dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Shopee 11.11 Big Sale menekankan
komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian
terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama
merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big
Sale,” rumus Ho.
Untuk maklumat lanjut tentang Shopee
11.11 Big Sale, layari www.shopee.com.my/1111. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi
App Store atau Google Play.
Comments
Post a Comment