MENTOR 7 - SEGALANYA BERMULA DI SINI!
Program realiti nyanyian TV3, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 memperkenalkan barisan tenaga pembimbing baharu yang luar biasa, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Para mentor ini akan memastikan protégé di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.
Mula bersiaran pada setiap Ahad, 28
Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7
pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh
pendatang-pendatang baharu ini. Ditambah pula dengan kebijaksanaan mentor
masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak.
12 bakal protege telah dipilih bagi
menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung September lalu.
Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di
Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada
15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti
Nordiana. Masing-masing telah bersiap siaga dengan senjata rahsia mereka!
Ingin tahu bagaimana pemilihan
bakal protégé ini? Saksikan episod pertama Mentor 7! Episod ini akan menyiarkan
sedutan sepanjang tempoh uji bakat berlangsung. Suka dan duka peserta yang
hadir seawal jam 9.00 pagi, kisah di sebalik tabir Mentor 7 dan reaksi para
mentor dalam membuat pilihan.
Konsert mingguan Mentor 7 bermula
pada episod kedua iaitu pada 4 November 2018 dan dihangatkan dengan pemilihan
protégé oleh mentor masing-masing. Dua protégé akan dipilih oleh setiap mentor
dalam konsert minggu pertama (episod ke-2) dan kedua (episod ke-3) sejurus
menyingkirkan seorang peserta yang gagal mendapat tempat bersama mentor
masing-masing menjadikan jumlah protégé seramai lapan orang.
Mentor 7 akan diterajui oleh dua
nama hebat dalam bidang pengacaraan, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi
Sarancak di belakang tabir. Ketiga-tiga susuk berkaliber ini akan memastikan
perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburkan.
Tidak lengkap program realiti
nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi
persembahan para protégé selain Datuk Wah Idris, komposer tersohor Malaysia.
Berkelulusan Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah Idris berkesempatan meluangkan masa beliau setiap
minggu untuk bersama para mentor dan protégé dalam perjalanan mereka
mempelajari selok belok bidang nyanyian professional. Selain Datuk Wah Idris,
terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia.
Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas
talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%).
Kaedah undian bagi Mentor 7 sedikit
berbeza berbanding sebelumnya. Sila rujuk gambar rajah berikut:
Episod
|
Kaedah
Undian
|
Episod
1
|
Tiada undian
|
Episod
2
|
Persembahan dibahagikan kepada dua
kumpulan, kumpulan Datuk Syafinaz dan kumpulan Aizat Amdan.
Undian hanya akan dibuka setelah
selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé Datuk Syafinaz. Hanya 10 minit masa
yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses
pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.
Seterusnya undian akan kembali dibuka
setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé kumpulan Aizat Amdan.
|
Episod
3
|
Persembahan dibahagikan kepada dua
kumpulan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana.
Undian hanya akan dibuka setelah
selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé Hafiz Suip. Hanya 10 minit masa
yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses
pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.
Seterusnya undian akan kembali dibuka
setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé kumpulan Siti Nordiana.
|
Episod
4 - 10
|
Undian hanya akan dibuka setelah
selesai persembahan semua protégé.
Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan
ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.
|
*50%
markah adalah daripada juri tetap, 30% daripada undian online dan 20% daripada
juri awam.
Mula bersiaran musim pertama pada
2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang - bintang
seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas
Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan
ikuti juga laman sosial Facebook,
Twitter, Youtube dan Instagram TV3
iaitu @TV3Malaysia. Jangan lupa
untuk memeriahkan alam maya dengan hashtag #mentor7. Tunjuk ajarku sifu!
Pasya!!!!!! Good you are the best lah #mentor 7
ReplyDeleteSays harap pasta akan buat persembahan yang terbaik good for you
ReplyDeleteGood pasya
ReplyDeleteGood luck ranisha
DeleteGood luck zaaim semoga menjadi juara
ReplyDeleteBuat yang terbaik zaaim
ReplyDeleteZaaim buat betul betul
ReplyDeleteBest la ranisha
ReplyDeleteZaaim jangan mengalah buat yang terbaik #mentor7 #zaaim
ReplyDeleteTerbaikkkkkkkkkkk la zaaim #mentor7
ReplyDeletezaim and ranisha is the best😍😍😍do the best
ReplyDeletezaim and ranisha is the best😍😍😍😍pasha too👍👍👍
ReplyDeletezaim,ranisha and pasha is the best
ReplyDelete