MENTOR 7 - SEGALANYA BERMULA DI SINI!



Program realiti nyanyian TV3, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 memperkenalkan barisan tenaga pembimbing baharu yang luar biasa, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Para mentor ini akan memastikan protรฉgรฉ di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.

Mula bersiaran pada setiap Ahad, 28 Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu ini. Ditambah pula dengan kebijaksanaan mentor masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak.

12 bakal protege telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung September lalu. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana. Masing-masing telah bersiap siaga dengan senjata rahsia mereka!

Ingin tahu bagaimana pemilihan bakal protรฉgรฉ ini? Saksikan episod pertama Mentor 7! Episod ini akan menyiarkan sedutan sepanjang tempoh uji bakat berlangsung. Suka dan duka peserta yang hadir seawal jam 9.00 pagi, kisah di sebalik tabir Mentor 7 dan reaksi para mentor dalam membuat pilihan.

Konsert mingguan Mentor 7 bermula pada episod kedua iaitu pada 4 November 2018 dan dihangatkan dengan pemilihan protรฉgรฉ oleh mentor masing-masing. Dua protรฉgรฉ akan dipilih oleh setiap mentor dalam konsert minggu pertama (episod ke-2) dan kedua (episod ke-3) sejurus menyingkirkan seorang peserta yang gagal mendapat tempat bersama mentor masing-masing menjadikan jumlah protรฉgรฉ seramai lapan orang.


Mentor 7 akan diterajui oleh dua nama hebat dalam bidang pengacaraan, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi Sarancak di belakang tabir. Ketiga-tiga susuk berkaliber ini akan memastikan perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburkan.

Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi persembahan para protรฉgรฉ selain Datuk Wah Idris, komposer tersohor Malaysia. Berkelulusan Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah Idris  berkesempatan meluangkan masa beliau setiap minggu untuk bersama para mentor dan protรฉgรฉ dalam perjalanan mereka mempelajari selok belok bidang nyanyian professional. Selain Datuk Wah Idris, terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia. Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%).


Kaedah undian bagi Mentor 7 sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Sila rujuk gambar rajah berikut:

Episod
Kaedah Undian

Episod 1

Tiada undian


Episod 2




Persembahan dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan Datuk Syafinaz dan kumpulan Aizat Amdan.

Undian hanya akan dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protรฉgรฉ Datuk Syafinaz. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.

Seterusnya undian akan kembali dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protรฉgรฉ kumpulan Aizat Amdan.



Episod 3

Persembahan dibahagikan kepada dua kumpulan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana.

Undian hanya akan dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protรฉgรฉ Hafiz Suip. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.

Seterusnya undian akan kembali dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protรฉgรฉ kumpulan Siti Nordiana.



Episod 4 - 10

Undian hanya akan dibuka setelah selesai persembahan semua  protรฉgรฉ. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.

*50% markah adalah daripada juri tetap, 30% daripada undian online dan 20% daripada juri awam.

Mula bersiaran musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang - bintang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Jangan lupa untuk memeriahkan alam maya dengan hashtag #mentor7. Tunjuk ajarku sifu!


Comments

  1. Pasya!!!!!! Good you are the best lah #mentor 7

    ReplyDelete
  2. Says harap pasta akan buat persembahan yang terbaik good for you

    ReplyDelete
  3. Good luck zaaim semoga menjadi juara

    ReplyDelete
  4. Zaaim jangan mengalah buat yang terbaik #mentor7 #zaaim

    ReplyDelete
  5. Terbaikkkkkkkkkkk la zaaim #mentor7

    ReplyDelete
  6. zaim and ranisha is the best๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜do the best

    ReplyDelete
  7. zaim and ranisha is the best๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜pasha too๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  8. zaim,ranisha and pasha is the best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MALAM GEMILANG GENKRU: DARI 'FANATIK' HINGGA 'AWAS', KRU BUKTIKAN KEUNGGULAN!

TARIKAN BAHARU GAMUDA COVE: PENGALAMAN UNIK UNTUK PENCINTA ALAM & KELUARGA

MEMAHAMI MAKANAN ULTRA-PROSES: ANTARA KEPERLUAN DAN RISIKO KESIHATAN

BOH CAMERONIAN ARTS AWARDS 2025: MEMPERINGATI PERINTIS, MERAIKAN BAKAT BAHARU