SAKSIKAN OLIMPIK PARIS 2024 DI RTM SECARA PERCUMA
RTM bakal membawakan kepada rakyat Malaysia dan semua peminat sukan seluruh negara aksi 17 hari tanpa henti Olimpik 2024!
RTM berbangga menjadi penyiar rasmi Olimpik Paris 2024 dengan menawarkan 578 jam siaran PERCUMA termasuk 170 jam siaran secara langsung bagi menyaksikan atlet negara bersaing bersama atlet ternama dalam temasya sukan paling berprestij dunia ini.
RTM bakal berikan anda akses bagi menyaksikan temasya sukan terulung dunia ini di mana sahaja melalui Saluran Okey, Saluran Sukan RTM dan tontonan secara dalam talian di RTMKlik.
Inilah peluang seluruh rakyat Malaysia untuk bersorak dan menzahirkan sokongan kepada 26 atlet negara yang bersaing dalam pelbagai sukan penuh cabaran antaranya berbasikal, pelayaran, angkat berat, menembak, memanah, terjun, badminton, golf dan renang dalam usaha meraih emas Olimpik pertama Malaysia.
RTM juga bakal menyiarkan Siaran Langsung Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 pada 27 Julai 2024 (waktu Malaysia), pukul 1.00 hingga 5.00 pagi dari Jardins du Trocadero dan Sungai Seine manakala acara penutup pada 12 Ogos 2024 (waktu Malaysia), pukul 2.30 hingga 5.30 pagi dari Stade de France.
Pastikan RTM menjadi pilihan untuk pengalaman dan keterujaan selama 578 jam siaran PERCUMA termasuk 170 jam siaran langsung sukan penuh aksi. Sukan Terbaik Hanya di RTM.
Comments
Post a Comment