KEKALKAN KESERONOKAN BERSAMA JACK 'N JILL ROLLER COASTER MEGA CRUNCH BAHARU!


Sudah bertahun snek kentang berbentuk gegelang unik Jack 'n Jill Roller Coaster memikat hati penggemar makanan snek, membawa mereka mengimbau kembali kenangan manis zaman kanak-kanak, keterujuaan dan keseronokan dalam penerokaan untuk memuaskan rasa yang mereka idamkan. Kini, jenama ini akan membawa pengalaman snek ke peringkat yang lebih hebat dengan inovasi yang mengubah segala-galanya!

Memperkenalkan Jack 'n Jill Roller Coaster Mega Crunch serba baharu dalam saiz XXL – kerepek lebih besar ini memberikan saiz yang lebih memuaskan untuk penambahan kerangupan dan rasa. Pembaharuan hebat ini direka untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, membuatkan anda menginginkannya lebih lagi.

Diperbuat daripada kentang import, Roller Coaster menyediakan saiz snek yang lebih besar untuk kerangupan hebat. Kerepek ini dibuat dengan teliti untuk memberikan kerangupan yang luar biasa tiada tandinganya. Setiap kunyahan memberikan keseronokan dengan rasa yang kaya dan savouri untuk memuaskan penggemar snek yang paling cerewet. Dengan setiap snek XXL menawarkan pengembaraan snek yang unik dan menyeronokkan, pengguna tidak akan berpuas hati lagi dengan snek bersaiz biasa. Sama ada anda sedang mencari alas perut yang pantas atau hidangan yang menyeronokkan untuk dikongsi dengan rakan-rakan, Jack 'n Jill Roller Coaster Mega Crunch adalah snek terbaik untuk keseronokan sepanjang hari.

Jack 'n Jill Roller Coaster Mega Crunch menawarkan dua perisa yang lazat: Pedas dan Asli. Ia memenuhi setiap selera dan merupakan snek yang sempurna untuk pelbagai aktiviti. Sama ada rasa savori klasik atau sesuatu menyelerakan dan menarik, Jack 'n Jill Roller Coaster Mega Crunch dapat memenuhi selera anda. Ia juga boleh didapati dalam dua saiz hidangan memuaskan iaitu 60g (RM 3.20) dan 110g (RM 5.10) untuk pilihan anda.

Cuba kerepek kentang Jack 'n Jill Roller Coaster Mega Crunch Saiz XXL yang baharu hari ini dan nikmati pengembaraan snek terbaik! Kini boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya utama, serta secara atas talian melalui Shopee & Lazada.

Untuk maklumat lanjut, kekal dikemas kini melalui laman web rasmi Jack 'n Jill (https://urc.com.my/) atau platform media sosial: Instagram (https://www.instagram.com/jacknjill_my/) dan Facebook (https://www.facebook.com/JacknJillMY/


Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA