VIETJET MEMPERLUASKAN LALUAN PENERBANGAN, MERANCAKKAN PERJALANAN UDARA ASIA-PASIFIK


Vietjet telah meraih pencapaian baru dalam misinya untuk menghubungkan rantau Asia-Pasifik dengan pelancaran penerbangan terus-menerus pertamanya yang menghubungkan Ho Chi Minh City dan Xi'an, China, serta laluan baharu antara Nha Trang dan Daegu, Korea Selatan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Vietjet untuk menyediakan pilihan penerbangan lebih lancar dengan harga lebih murah, dan pada masa yang sama meningkatkan kesalinghubungan udara di rantau Asia Tenggara dan juga Timur Laut.

Untuk meraikan pencapaian yang cemerlang ini, Vietjet menawarkan promosi eksklusif dari 1 Julai hingga 7 Julai 2024 dengan menawarkan satu juta tiket dengan harga bermula daripada RM120 termasuk semua caj untuk semua penerbangannya. Tempahan boleh dibuat untuk penerbangan antara 22 Ogos 2024 dan 22 Mei 2025 (tidak termasuk cuti umum dan waktu puncak) melalui www.vietjetair.com dan aplikasi mudah alih Vietjet Air. Ini merupakan satu peluang yang baik untuk para pelancong merancang percutian mereka yang seterusnya.


Bermula 27 Oktober 2024, Vietjet akan mengendalikan tujuh penerbangan pergi balik dari bandar pantai Vietnam, Nha Trang ke bandar keempat terbesar di Korea Selatan, Daegu setiap minggu. Ini bakal meluaskan lagi rangkaian penerbangannya di antara kedua-dua negara tersebut.

Pada 1 Julai, Vietjet telah meluaskan rangkaian penerbangannya ke China dengan penerbangan tanpa henti dari metropolis terbesar Vietnam, Ho Chi Minh City, ke Xi'an, sebuah bandar bersejarah yang terkenal di China. Vietjet merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus-menerus dengan empat penerbangan pergi balik setiap minggu. Ini adalah susulan daripada pelancaran perkhidmatan Shanghai dan Chengdu pada awal tahun ini.

Dengan adanya laluan-laluan baru ini, Vietjet dapat meluaskan lagi rangkaian penerbangan antarabangsanya, menyediakan akses yang lebih mudah kepada para pelancong untuk ke Vietnam, Asia Tenggara dan rantau Asia-Pasifik. Selain itu, laluan penerbangan harian Kuala Lumpur – Ho Chi Minh City yang sedia ada menawarkan pilihan transit yang mudah untuk warga Malaysia yang ingin menerokai Xi’an dan Daegu melalui hab Vietnam.

Perkembangan terkini Vietjet adalah sejajar dengan peningkatan permintaan yang tinggi daripada penumpang antarabangsa dan pasaran kargo udara di seluruh Asia-Pasifik yang didorong oleh peningkatan aktiviti ekonomi global. Pada bulan Mei, syarikat penerbangan di rantau ini telah menerbangkan 27.9 juta penumpang, yang merupakan satu peningkatan ketara dari tahun ke tahun yang ketara sebanyak 23.9%, mengikut laporan Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Para penumpang Vietjet berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan Vietnam dan antarabangsa, termasuk Pho (mi sup Vietnam), Banh Mi (roti baguette Vietnam), dan Ca Phe Sua Da (kopi susu ais Vietnam), yang dihidangkan oleh krew profesional di dalam pesawat yang mesra alam dan moden. Selain itu, semua penumpang Vietjet dilindungi oleh insurans SkyCare dengan percuma, dan ahli SkyJoy yang menempah tiket mereka semasa tempoh promosi akan memperoleh 200 mata ganjaran untuk menebus hadiah dan menyertai cabutan bertuah (tertakluk pada terma dan syarat).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!