SWIPELESS MEMPERSEMBAHKAN MALAM KOMEDI ‘LIVE, LOVE, AND LAUGH WITH RIZAL VAN GEYZEL AND FRIENDS’
Swipeless, platform inovatif yang menggalakkan interaksi secara bersemuka antara golongan bujang, mengumumkan acara "Live, Love, Laugh - A Night Of Comedy With Rizal Van Geyzel And Friends." Dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2024 dari 8 hingga 10 malam di Bar Roca, acara ini menampilkan pelawak berdiri (stand-up comedian) yang bakal menghiburkan penonton dengan kisah peribadi dan pemerhatian lucu mereka tentang perhubungan antara lelaki dan wanita. Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.
‘Live, Love, Laugh’ ialah sebuah acara komedi yang menampilkan persembahan utama daripada Rizal Van Geyzel, bapa tunggal yang dikenali ramai dengan jenaka tentang percintaan dan kehidupan yang dekat dengan hati penonton. Turut menghiasi pentas bersama Rizal ialah Shamaine Othman, pelawak hebat yang menyelitkan jenaka dalam penceritaan kisah-kisah seharian beliau dan Prakash Daniel, pelawak yang tersohor kerana penguasaan pentas yang berkarisma dengan perspektif hidup yang unik.
Swipeless, yang dilancarkan pada Januari 2024, memberi nafas baru kepada cara golongan bujang berkenalan dan mencari jodoh. Berbeza daripada aplikasi mencari jodoh yang tidak mesra pengguna, Swipeless menawarkan pendekatan yang lebih sihat dan jujur untuk golongan bujang berkenalan sesama mereka menerusi aktiviti berkumpulan berdasarkan minat yang sama. Swipeless memastikan setiap orang berseronok dengan aktiviti seperti permainan pikel, bengkel pembuatan piza, pemanduan gokart dan mendaki bukit. Pengasas Swipeless, Shan Li berkata, "Saya percaya bahawa orang ramai boleh mendapat kenalan baharu dengan cara yang lebih sihat dan jujur. Acara-acara kami memupuk perhubungan yang jujur dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan, mengukuhkan tali persahabatan dan berpotensi untuk menjadi medium mencari jodoh."
“Menjalinkan persahabatan baharu dan berada dalam sebuah hubungan yang sihat membantu dalam aspek kesihatan mental. Swipeless ialah platform bagi golongan bujang untuk mencari kenalan baharu. Namun, ia tidak bermakna mereka perlu mencari pasangan romantik apabila hadir di acara kami. Ia menggalakkan persahabatan, dan berdasarkan maklum balas daripada peserta-peserta sebelum ini, mereka kini mempunyai lingkungan sosial yang lebih besar dan seronok mendapat kawan baharu serta mencuba perkara baharu,” kata Shan Li.
Acara komedi bertemakan perhubungan dan pencarian jodoh ini mempunyai matlamat untuk menarik perhatian orang ramai kepada pendekatan unik platform Swipeless dalam interaksi sosial. Dengan memanfaatkan komedi sebagai hiburan, Swipeless berharap dapat menjangkau khalayak yang lebih luas dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai komunitinya yang ceria.
Acara ini sesuai untuk mereka yang menyukai persembahan komedi berdiri dan mempunyai rakan bujang yang ingin bertemu kenalan baharu menerusi cara yang yang lain daripada kebiasaan. Ia malam yang ideal untuk mereka yang gemar berhibur dengan menonton persembahan komedi dan menghargai hubungan yang jujur.
Sertai kami di "Live, Love, Laugh" untuk malam yang sarat dengan kelucuan, keseronokan dan hubungan yang bermakna. Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri keunikan daya tarikan acara Swipeless yang akan menjadi trend utama pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.swipeless.my
Comments
Post a Comment