SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN


Salad Atelier teruja untuk mengumumkan sambutan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan kehadiran selama sedekad dalam mempromosikan pemakanan sihat dan enak di Malaysia. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kesetiaan pelanggan, Salad Atelier akan melancarkan satu siri aktiviti pengaktifan, usaha sama jenama dan promosi istimewa di cawangan-cawangan terpilih sepanjang tahun ini.

Menerusi kolaborasi dengan jenama-jenama terkemuka seperti AIA Malaysia, ShopeeFood, Fuze Tea dan Anytime Fitness, Salad Atelier bermatlamat untuk membawakan pengalaman unik dan tawaran-tawaran menarik kepada para pelanggan. Usaha sama ini mencerminkan komitmen jenama ini dalam menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat serta gaya hidup yang lestari, pada masa sama menyediakan nilai tambahan serta menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik yang sesuai untuk segenap usia.

Keraian sepanjang tahun ini akan memaparkan pelbagai usaha pengaktifan menarik di lokasi termasuk aktiviti yang bersifat interaktif, promosi eksklusif dan pemberian hadiah secara percuma. Pelanggan pasti gembira dengan tawaran-tawaran menarik yang ditawarkan pada menu-menu enak seperti hidangan paling laris Salad Atelier pada harga RM10 bagi setiap 10, 20 dan 30 haribulan sepanjang tahun ini.

Sambutan ini akan dimulakan dengan acara sepanjang hari di Salad Atelier Megah Rise pada 13 Julai 2024, dari pukul 10:30 pagi sehingga 6:00 petang. Pengaktifan yang akan dianjurkan padat dengan aktiviti-aktiviti bertemakan sukan seperti golf dan bola sepak mini. Selain itu, turut diadakan rundingan pemakanan yang dikendalikan oleh rakan kesejahteraan Salad Atelier, AIA Vitality. Tetamu yang datang juga berpeluang untuk menerima pakej Permulaan AIA Vitality selama tiga bulan secara percuma untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat. Salad Atelier juga menawarkan promosi sehari sahaja di mana pelanggan boleh menikmati item kedua mereka dengan hanya 10 sen.

Mengimbas kembali perjalanan Salad Atelier, Pengasasnya, Dylan Lee berkata, “Kami berbangga dengan pencapaian Salad Atelier sepanjang satu dekad yang lalu. Misi kami kekal untuk menjadikan pemakanan sihat lebih mudah didapati dan dinikmati oleh setiap orang di Malaysia. Sebagai meraikan kejayaan ini, kami akan terus mengorak langkah untuk gaya hidup yang lebih sihat dan meluaskan capaian kami dengan lebih banyak komuniti tempatan.”

Outlet di Megah Rise Mall adalah yang pertama menampilkan rekaan dalaman Salad Atelier yang terbaharu, sebagai satu daripada langkah penjenamaan semula sempena sambutan ultangtahun ke-10. Penjenamaan semula ini turut menandakan lembaran baru dalam perniagaan mereka dengan meluaskan jumlah rangkaian kedai di Johor Bahru dan Pulau Pinang tahun ini.

Pertumbuhan rancak Salad Atelier membuktikan dedikasi mereka untuk kepuasan pelanggan dengan pelbagai menu yang memenuhi citarasa dan gaya hidup semua. Daripada set makanan tinggi protein untuk yang mementingkan kesihatan, kepada salad dan snek yang mudah dimakan, tawaran di rangkaian Salad Atelier mampu memenuhi citarasa semua pihak. Salad Atelier secara konsisten berusaha untuk mengukuhkan impak mereka sebagai rangakaian restoran kesihatan pilihan rakyat Malaysia dan membawa perubahan positif kepada komuniti.


Datanglah ke Salad Atelier Megah Rise pada 18 Julai 2024 untuk meraikan kesihatan dan kegembiraan. Nikmati Salad Atelier berwajah baharu, yang menemukan kesihatan dan citarasa terbaik serta jadilah sebahagian daripada masa depan yang lebih sihat. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke cawangan Salad Atelier seperti berikut:
 

Cawangan

Dengan kerjasama

Tarikh*

Salad Atelier, Megah Rise

AIA

18 Julai 2024

Salad Atelier, Sunway Pyramid

ShopeeFood

16 Ogos 2024

Salad Atelier, Nu Sentral

Fuze Tea

5 September 2024

Salad Atelier, Setia City Mall

Anytime Fitness

12 Oktober 2024

Salad Atelier, IOI City Mall

N/A

9 November 2024

*Tarikh acara adalah tertakluk pada perubahan sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga

 


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM