CEF PERANCIS BERTARAF BINTANG MICHELIN, CEDRIC BOURASSIN & MARC TURCAS BAKAL MEMBAWAKAN SENTUHAN KULINARI MAGIS KE RESORTS WORLD GENTING
Resorts World Genting akan membawakan cita rasa masakan bertaraf bintang Michelin di Wolfgang’s Steakhouse dengan penampilan dua orang cef Perancis bintang Michelin terkemuka iaitu Cédric Bourassin dan Pastry Chef Marc Turcas. Dari 25 hingga 29 Julai 2024, para penggemar kulinari bakal berpeluang unik untuk menikmati menu yang disediakan secara eksklusif oleh mereka.
Cef Cédric Bourassin dan Cef Pastri Marc Turcas merupakan warga pengajar kuliner terkemuka di École hôtelière de Lausanne (EHL), Switzerland. Mereka memainkan peranan penting dalam mengendalikan restoran EHL, Berceau des Sens, yang mencapai kecemerlangan luar biasa sebagai restoran pertama yang dioperasi oleh pelajar mendapatkan bintang Michelin.
Cef Cédric Bourassin terkenal dengan pencapaiannya yang luar biasa dalam dunia kuliner. Beliau memperoleh rating Michelin 3 bintang untuk Michel Bras TOYA di Hokkaido, Jepun, sebelum membawa kepakarannya ke Berceau des Sens di EHL, Switzerland. Di bawah bimbingannya, Berceau des Sens telah dianugerahkan bintang Michelin pada tahun 2019.
Di Wolfgang’s Steakhouse, Cef Bourassin akan menyajikan menu menggabungkan cita rasa Eropah dengan sentuhan Jepun di mana beliau pernah berkhidmat. Menu termasuk hidangan pembuka Halibut mosaic, salmon, dan lik, hidangan pembuka Seabream ceviche dengan kumquat manis, dan hidangan utama Angus Sirloin ala-Kimchi yang dihidangkan bersama cendawan Enoki dan Kentang Almond .
Cef Pastri Marc Turcas dari Berceau des Sens, memainkan peranan yang penting dalam membantu restoran mencapai bintang Michelin. Beliau dikenali sebagai salah seorang pakar pastri profesional yang paling produktif di Eropah, dan akan menghidangkan ciptaan khasnya iaitu Exotic Vacherin berlapis mousse coklat Valrhona, sejenis pencuci mulut klasik Perancis dengan sentuhan kontemporari.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman makan lima hidangan yang direka cipta oleh dua orang cef terkemuka ini, hanya untuk lima malam di Resorts World Genting. Program eksklusif ini berharga RM750 nett per orang, dengan kadar awal istimewa RM675 nett.
Buat tempahan anda hari ini dengan menghubungi 03-61059117.
Comments
Post a Comment