CITA RASA KOREA KINI KEMBALI KE MARRYBROWN: KELAZATAN AYAM GANGJEONG MENANTI ANDA!


Daebak! Ayam Gangjeong Marrybrown®️ yang diinspirasikan oleh cita rasa Korea kini kembali untuk memuaskan keinginan anda untuk rasa manis dan pedas! Tersedia mulai hari ini menu yang dinanti-nantikan ini menampilkan hidangan klasik yang digemari ramai seperti Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, kini dengan roti berwarna merah yang melambangkan kehangatan sos Gangjeong!

Selain itu, Marrybrown®️ juga menyediakan Kimchi Rice Bowl yang melazatkan untuk melengkapi hidangan Ayam Gangjeong dengan sempurna. Bagi mereka yang menginginkan lagi kenikmatan rasa Gangjeong, sos Ganjeong tersedia sebagai menu tambahan - dapatkannya untuk gabungan rasa manis, pedas, dan masam yang menyelerakan untuk kepuasan setiap hidangan.

“Sejak bertahun-tahun yang lalu, budaya Korea telah tersebar dan menarik ramai peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Dengan perkembangan Hallyu di Malaysia, Marrybrown®️ mengambil kesempatan ini untuk mengejutkan peminat kami dengan mengembalikan semula menu kegemaran ini. Hidangan Gangjeong MB menggabungkan ciri-ciri tempatan dengan cita rasa makanan Korea yang pasti menarik minat rakyat Malaysia,” jelas Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®️.

Menu merangkumi:
  • Kombo Kimchi Rice Bowl: Harga bermula dari RM 13.90.
  • Kombo Ayam Gangjeong: Menampilkan 4 ketul Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng, harga bermula dari RM 18.50.
  • Kombo Burger Ayam Gangjeong: Menampilkan Burger Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng, harga bermula dari RM 17.50.
Setiap kombo disempurnakan dengan segelas Strawberry Fizz. Bagi mereka yang ingin mencuba setiap hidangan, Gangjeong Chicken Box Meal adalah pilihan yang terbaik – set sajian Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, Kentang Goreng, dan segelas Strawberry Fizz, harga bermula dari RM 24.50. Cheese Sticks boleh ditambah dengan pembelian hidangan kombo, bermula dari RM 6.50, dan anda juga boleh menikmati pencuci mulut terbaharu, Strawberry Custard Pie, dengan harga tambahan.

“Kami teruja untuk melancarkan semula menu istimewa ini untuk peminat Memang Best kami. Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi telah membolehkan kami mempertahankan tradisi MB untuk menawarkan ‘sesuatu yang berbeza’ dan lazat untuk rakyat Malaysia. Kami berharap penggemar kami akan menikmati hidangan cita rasa Korea ini dan kami akan terus berusaha untuk mencipta banyak lagi hidangan yang inovatif dan menggamit selera,” kata Daniel.

Marrybrown®️ kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown®️, Aplikasi MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"