ANGKASA-X MERINTIS EKOSISTEM SPACETECH, DARI MALAYSIA KE BINTANG!

Susulan daripada kejayaan pelancaran satelit buatan tempatan A-SEANSAT-PG1 pada Jun tahun lepas, syarikat Teknologi Angkasa atau Space Technology (“SpaceTech”) dan terangkuman sosial berteknologi, ANGKASA-X telah memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam misi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab SpaceTech global dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan satelit (“R&D”) melalui Pemasangan-Penyepaduan-Pengujian (Assembly-Integration-Testing/“AIT”) dan pembangunan aplikasi. Turut ditawarkan adalah pelbagai perkhidmatan satelit dalam pengesanan jarak jauh dan meningkatkan kesalinghubungan rantau ASEAN menerusi gugusan satelit Low-Earth-Orbit (“LEO”).

Dato’ Dr Sean Seah, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA-X and Ketua Pegawai Eksekutif CangYu Encik Liu Wei bertukar-tukar dokumen perjanjian.

ANGKASA-X sentiasa berusaha untuk melangkaui had sedia ada dengan memperoleh aset penting kedudukan orbit LEO, menjalin kerjasama strategik di peringkat global dan pada masa yang sama memberi penekanan terhadap teknologi dan data satelit yang strategik serta menerima sokongan kerajaan Malaysia yang lebih kukuh.

Pemfailan Rangkaian Satelit A-SEANLINK

Bagi memperkukuhkan peranannya di dalam ekosistem SpaceTech tempatan dan serantau, ANGKASA-X telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“SKMM”), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi, untuk memfailkan permohonan kepada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (“ITU”) pada Februari 2024 untuk pemasangan gugusan A-SEANLINK yang terdiri daripada 500 unit satelit LEO. Kedudukan orbit satelit ini adalah aset berharga untuk Malaysia dan industri angkasa. Ia turut mengangkat ANGKASA-X sebagai syarikat pertama di negara ini, dan mungkin di Asia Tenggara, yang memfailkan permohonan kepada ITU untuk pemasangan gugusan 500 unit satelit LEO terutamanya yang berhampiran dengan orbit khatulistiwa untuk memberi perkhidmatan kepada negara-negara ASEAN dan yang berada di rantau khatulistiwa.

“Usaha pemfailan untuk memperoleh orbit satelit daripada ITU merupakan satu pencapaian yang penting untuk ANGKASA-X dan juga buat Malaysia. Ia menunjukkan komitmen kami untuk mengangkat Malaysia sebagai peneraju dalam Ekonomi Angkasa ASEAN, dan pada masa yang sama berusaha untuk merapatkan jurang digital, meningkatkan kesalinghubungan, dan memacu ekonomi dan pembangunan mampan di kawasan luar bandar di rantau ASEAN. Kami berbangga untuk menerajui inisiatif ini yang akan memberi manfaat transformatif kepada jutaan orang, meningkatkan kerjasama serantau, dan mengangkat Malaysia sebagai hab global untuk inovasi SpaceTech,” kata Dato’ Dr Sean Seah, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA-X.

Memperkukuh Pakatan Global

Sementara memperoleh kedudukan orbit, ANGKASA-X juga telah menjalinkan kerjasama dengan banyak organisasi SpaceTech yang terkenal di seluruh dunia. Antaranya termasuk Space Technology Cangyu (“CangYu”) dan ADA Space Technology (“ADASpace”). Berikutan termeterainya Memorandum Persefahaman pada Mei 2024 baru-baru ini, kerjasama di antara ANGKASA-X, CangYu, dan ADASpace telah diperkukuhkan lagi hari ini dengan pemeteraian dua perjanjian kerjasama strategik yang disaksikan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, Malaysia.

CangYu adalah sebuah syarikat aeroangkasa komersial pertama China yang mempunyai pengkhususan dalam reka bentuk dan operasi sistem penghantaran maklumat menerusi angkasa di orbit tinggi dan sederhana. Sementara itu, ADASpace merupakan sebuah syarikat teknologi internet satelit AI terkemuka dunia yang diasaskan oleh para cendekiawan dari universiti, institut penyelidikan, tentera, industri dan pemimpin kerajaan dalam bidang satelit dan aplikasi.

Kerjasama tersebut akan melibatkan Penyelidikan dan Pembangunan; Pemasangan, Penyepaduan dan Pengujian (AIT) satelit di Malaysia, diikuti dengan pelancaran seterusnya ke gugusan satelit A-SEANSAT dan A-SEANLINK ANGKASA-X; serta pembinaan segmen tanah yang merangkumi stesen bumi satelit dan Pusat Data AI, untuk memberi perkhidmatan kepada rantau ASEAN dan negara-negara lain di sepanjang garisan Khatulistiwa.

"Kerjasama strategik dengan peneraju SpaceTech global seperti CangYu dan ADASpace menunjukkan potensi negara kita untuk menerajui Ekonomi Angkasa ASEAN. Kerajaan Malaysia akan terus meningkatkan komitmennya untuk bekerjasama dengan industri bagi memupuk inovasi, meningkatkan kesalinghubungan, dan merapatkan jurang digital di rantau ini. Kami berharap agar dapat menyaksikan sumbangan berterusan ANGKASA-X ke arah pembangunan mampan dan kecemerlangan teknologi, memastikan kesalinghubungan menjadi satu keperluan asas yang mampu milik untuk semua," kata Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Perhubungan.

Ketua Pegawai Eksekutif CangYu Encik Liu Wei berkata, “Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan ANGKASA-X untuk bersama membina sebuah gugusan satelit yang dikongsikan dan platform dagangan data pengesan jarak jauh satelit dalam masa nyata di Malaysia untuk ASEAN. CangYu akan menawarkan teknologi terkini dan juga menyediakan warga kerja profesional angkasa lepas yang berwibawa dan menyumbang kepada pembangunan mampan industri angkasa lepas di Malaysia.”

Ketua Pegawai Eksekutif ADASpace Dr Wang Lei berkata, “Saya merasa sangat gembira untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara ADASpace dan ANGKASA-X. Tahun 2024 meraikan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Sejak 50 tahun yang lalu, kita semua telah menyaksikan perdagangan dua hala yang baik dan budaya saling mempercayai antara kedua-dua negara. Saya juga berharap usaha sama di antara ADASpace dan ANGKASA-X dapat meningkatkan pertukaran teknikal dan perdagangan dalam bidang angkasa komersial untuk manfaat bersama kedua-dua negara.”

“Kerjasama ini merupakan sebuah gabungan kepakaran, inovasi dan wawasan bersama untuk masa depan. Kepakaran teknikal, pengalaman, kemahiran dan sumber kewangan yang dibawakan oleh CangYu dan ADASpace akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses pembangunan dan pelancaran satelit kami. Kerjasama ini lebih bermakna bagi Malaysia kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Ia membuka jalan untuk pertumbuhan bersama di masa hadapan, dengan potensi yang tiada batasan,” kata Dato’ Dr. Seah.


Sokongan Kerajaan Malaysia

ANGKASA-X turut menerima Geran Pecutan Digital Malaysia (MDAG) daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Geran ini akan mempercepatkan pembinaan modal insan SpaceTech untuk pembangunan gugusan satelit ANGKASA-X dan R&D pelbagai aplikasi pengesan jarak jauh untuk memberi perkhidmatan kepada Malaysia dan negara-negara di rantau ASEAN.

“Kami amat berterima kasih atas keyakinan yang diberikan kepada usaha kami oleh MDEC. Dengan geran ini, kami dapat meneruskan peranan negara untuk meningkatkan ekosistem SpaceTech global. Khususnya, kami berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab SpaceTech global untuk R&D dan AIT satelit LEO. Saya yakin bahawa kita berada di kedudukan yang unik untuk mencapai matlamat ini,” kata Dato’ Dr. Seah.

Mengukuhkan Ekonomi Angkasa ASEAN

Bagi meneruskan misinya dalam membina ekosistem SpaceTech ASEAN, ANGKASA-X memperoleh data daripada pelbagai satelit dalam orbit adalah perlu bagi menyediakan data untuk aplikasi seperti pemantauan sumber tanah, pencarian dan pembangunan sumber mineral, perancangan dan pembinaan bandar pintar, bancian sumber perhutanan, pemantauan persekitaran ekologi dan kesihatan darurat awam, dan sebagainya.

Melangkah ke hadapan, ANGKASA-X sudah bersedia untuk berada di barisan hadapan transformasi Ekonomi Angkasa ASEAN. Dengan adanya usaha berterusan dan komitmen yang teguh terhadap inovasi, kita pastinya akan dapat mendorong penggunaan digital yang lebih meluas di kawasan luar bandar di negara-negara ASEAN untuk mencapai matlamat mewujudkan dunia di mana kesalinghubungan adalah satu keperluan asas yang mampu milik untuk semua.

ANGKASA-X akan mengekalkan fokus dalam memanfaatkan potensi penuh SpaceTech bagi mewujudkan dunia yang saling berhubung, bermaklumat dan berdaya tahan untuk menangani cabaran serta merebut peluang yang muncul di zaman moden. Dengan kerjasama rakan kongsi kami dan sokongan daripada kerajaan Malaysia, kami yakin ANGKASA-X akan berjaya menerajui Ekonomi Angkasa ASEAN.

Untuk maklumat lanjut tentang ANGKASA-X, sila layari www.angkasa-x.com,

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!