MINI MALAYSIA MEMPERKENALKAN MINI GENIUS, MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH PERIBADI KEPADA PEMILIK MINI DI MALAYSIA.


MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan kohort pertama MINI Genius di Malaysia, yang menyaksikan enam MINI Genius dilatih dan ditempatkan dengan jayanya di enam pusat pengedar yang berbeza, dengan tujuan meningkatkan perhubungan dan perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pelanggan MINI.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kami memahami bahawa bagi sesetengah pelanggan, pembelian kenderaan baharu adalah pengalaman yang sangat peribadi. Dengan MINI Genius, MINIac sedia ada dan akan datang dapat menikmati bimbingan daripada pakar dan perhatian khusus agar mereka memahami sepenuhnya setiap ciri dan fungsi kenderaan MINI idaman mereka. Kami mempercayai bahawa bantuan yang diperibadikan ini bukan sahaja membantu mereka dalam membuat keputusan termaklum, malah memupuk hubungan yang lebih mendalam bersama MINI mereka. Dari permulaan perjalanan MINI, pelanggan dapat benar-benar merasakan BIG LOVE melalui interaksi khusus ini.”

MINI Genius dipilih dengan teliti dan dilatih secara rapi oleh Pusat Latihan Serantau BMW Group di Cyberjaya, bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan MINI. MINI Genius mengendalikan dengan mahir kerumitan proses jualan masa kini, di samping memanfaatkan minat mereka terhadap media baharu dan teknologi moden untuk mewujudkan persekitaran jualan yang bebas tekanan buat pelanggan MINI. Peranan mereka melengkapi Penasihat Jualan dengan tumpuan pada memperkenalkan setiap aspek portfolio MINI kepada pelanggan, daripada menjalankan analisis keperluan dan pembentangan produk, kepada menguruskan sesi pandu uji.

Pusat pengedar utama di mana kumpulan pertama MINI Genius ditempatkan adalah Auto Bavaria Ara Damansara, Auto Bavaria Kuala Lumpur, Auto Bavaria Balakong, Auto Bavaria Tebrau, Wheelcorp Premium Setia Alam dan Ingress Auto Bangsar.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025